Gulai ikan tenggiri adalah salah satu gulai yang paling disukai. Rasanya sedap dan sangat best kalau dimakan dengan nasi panas. Pedas-pedas lemak rasanya. Cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Makcik Ratu ni. Merah menyala warna gulai tenggiri ni.
BAHAN HIRIS
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
BAHAN TUMIS
Daun kari
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar cili kering (kisar jadikan pes)
6 sudu besar serbuk kari
BAHAN KISAR (DENGAN 1 CAWAN AIR)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
BAHAN LAIN
Sedikit air asam jawa
1/2 kotak kecil santan
Garam secukup rasa
Bendi
6 keping ikan tenggiri
Tomato
Cili hijau
Terung bulat
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis BAHAN HIRIS.
2. Masukkan daun kari biar garing tapi tidak hangit. Selapas itu masukkan halba campur. Perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
3. Kemudian masukkan BAHAN KISAR. Masak sampai wangi dan air sedikit menyusut.
4. Masukkan cili kering kisar. Masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
5. Masukkan serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
6. Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok. Lebih lama ditumis, lebih elok karinya. Gunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
7. Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
8. Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
9. Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
10. Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
11. Perasakan garam.
12. Masuk bendi dan ikan. Biarkan ikan masak.
13. Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: Makcik Ratu
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
NAK RESIPI LAIN? Klik sini: https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)