Peria goreng rangup ini adalah satu makanan yang boleh dijadikan kudapan. Boleh juga dijadikan lauk. Selalunya ada di kedai mamak untuk dijadikan pelengkap nas kandar.
Kali ini, RASA ingin berikan resipi peria goreng rangup. Namun, menggunakan peria yang besar. Bukan peria kecil atau dipanggil juga sebagai peria katak.
Hanya menggunakan lima bahan sahaja. Sesuai sangatlah kalau anda ingin buat sendiri kudapan di rumah.
BAHAN-BAHAN
1 batang peria (saiz besar)
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur ayam
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong peria senipis yang boleh.
2. Dalam mangkuk, satukan tepung beras, telur ayam dan garam. Gau seketika.
3. Salut peria dengan bancuhan tepung beras, telur ayam dan garam tadi.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Pastikan minyak masak betul-betul panas dahulu.
5. Kemudian, goreng peria dengan api sederhana sehingga garing.
TIP: Pastikan ketika masukkan peria dalam kuali, minyak masak perlu betul-betul panas supaya salutan peria akan cantik bulat seperti dalam gambar.
Selamat mencuba!
Sumber: Syira Lokman