Peria telur masin ini memang unik dengan rasanya yang tersendiri. Ia boleh dijadikan snek lebih sihat umtuk dinikmati seisi keluarga.
Peria memang memiliki rasa pahit yang mungkin menyebabkan ramai yang kurang mengemarinya. Namun, bagi yang mengetahui khasiatnya pasti akan tetap memakannya. Terdapat petua bagaimana hendak mengurangkan rasa pahit peria iaitu dengan merendamnya terlebih dahulu di dalam air garam.
Kali ini dikongsikan resipi Peria telur masin atau peria Crispy Salted Egg. Sedap tau! Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh sis Hanny Niera ini ye.
1kg peria (hiris nipis)
Air garam (½ sudu besar garam halus + 1 liter air)
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
200gram tepung beras – boleh beli online di sini
35gram tepung ubi kayu
1 biji Telur
1sudu teh bawang putih tumbuk – boleh beli online di sini
Sedikit perasa secukup rasa @garam halus
150ml air
60gram – 70gram serbuk salted egg
3 sudu makan mentega – boleh beli online di sini
1 sudu besar bawang putih tumbuk – boleh beli online di sini
Sedikit cili api potong (pilihan) – boleh beli online di sini
Sedikit daun kari (pilihan) – boleh beli online di sini
Peria dicuci bersih. Buang sedikit bahagian hujung atas dan bawah. Potong kepada beberapa bahagian kecil dan seterusnya keluarkan empulur peria.
Hiris nipis-nipis peria, seeloknya guna slicer. Kemudian rendam di dalam garam sekitar lima minit. Ketepikan.
Setelah itu, toskan air, cuci dan rebus peria tadi hingga air mendidih. Sekitar lima minit. Angkat dan tapis.
Lalukan di bawah air mengalir. Rendam pula peria di dalam air biasa. Ketepikan.
Masukkan semua bahan untuk salted egg tadi ke dalam satu mangkuk dan gaul sekata. Setelah itu, masukkan peria ke dalam adunan.
Dalam masa yang sama, panaskan minyak. Apabila minyak betul-betul panas, tabur peria ke dalam minyak. Berhati-hati kerana minyak ini akan membuak berbuih-buih. Bila buih makin kurang bermakna peria telah ranggup. Angkat dan tos minyaknya. Ulangi proses hingga selesai.
Untuk membuat kuah salted egg, panaskan mentega seketika dan tumis bawang putih, daun kari dan serbuk salted egg. Kemudian tambah cili padi jika suka pedas.
Setelah itu, masukkan peria yang telah digoreng crispy tadi dan gaul sekata. Boleh tambah sedikit perasa serbuk lada putih dan gula jika perlu.
Siap resipi Peria Telur Masin ala Sis Hanny. Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official