Kaum wanita biasanya multitasking, sambil memasak ada lagi tugas di rumah yang mereka lakukan sama ada basuh baju, sapu sampah dan sebagainya.
Kadang-kadang ralit buat kerja sampai terlupa ada lauk yang sedang dimasak atas dapur. Sudahnya periuk hangus dan berkerak hitam. Kena pulak yang hangus itu periuk kesayangan atau periuk mahal.
Kalau berlaku kejadian begini, jangan bimbang ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini. Boleh cuba cara yang dikongsi Makudacun Ibra ini.
Dah cuba, cara ini berkesan
Sebenarnya ada banyak cara tapi ini salah satu cara yang pernah dicuba dan menjadi. Guna bahan yang ada di dapur saja.
Ads
Bahannya
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
Caranya
Mula-mula kita panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
Ads
3. Biarkan berapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja dah berkilat semula.
4. Ulang cara ini sehingga periuk bersih dan kita puas hati.
Bila aroma masakan mula menggoda selera, di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar untuk makan. Di sebalik semua ini, rempah ratus dan bahan tumisan mempunai aroma yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bagi mengeluarkan aroma ini, ada cara tertentu yang anda lakukan bagi memastikan masakan lebih sedap menyelerakan.
Titik – Serai, Halia Dan Lengkuas
Bahan penumis segar seperti serai, halia dan lengkuas lebih sesuai dititik sebelum sedia dimasukkan dalam masakan, terutama masakan yang berkuah seperti tomyam, gulai lemak dan kari. Dengan cara ini aromanya lebih bangkit. Atau masukkan semasa menumis jika masakan itu perlu ditumis terlebih dahulu.
Sangai (goreng tanpa minyak)
Rempah ratus berberbiji seperti ketumbar, jintan, buah pelaga dan jintan lebih sedap dan wangi bila disangai terlebih dahulu sebelum dikisar dan digunakan dalam masakan. Dengan berbuat demikian aroma rempah ratus akan menjadikan masakan lebih sedap. Rempah ratus yang telah disangai juga tahan lebih lama disimpan.
Dibakar –Belacan
Belacan sangat kuat baunya. Tetapi untuk mendapatkan rasa dan aroma lebih sedap sebaiknya bakar belacan sebelum digunakan dalam masakan. Mudah caranya, cucuk pada garpu atau lidi kemudian bakar menggunakan api dapur hingga ia berubah warna. Selain belacan, kunyit hidup juga lebih sedap jika dibakar, selain membantu menghilangkan bau maung ia akan memberikan warna kuning kunyit yang lebih menyerlah.
Koyak Atau Carik– Daun kunyit, pandan, limau purut dan salam.
Masakan yang ada campuran daun kunyit, pandan, limau purut atau daun salam, untuk membangkitkan aromanya, daun-daun tersebut perlu dikoyak atau dicarik dahulu sebelum dimasukan dalam masakan. Tujuannya untuk mengeluarkan baunya agar sebati dalam masakan. Masakan tomyam misalnya, ia rasa lebih sedap jika bangkit aroma daun limau purut dan serainya yang segar dan wangi.
Hiris Atau Simpul – Daun Bawang, Ketumbar & Saderi
Untuk mendapatkan aroma daun bawang, ketumbar dan saderi perlu dihiris. Biasanya semua daun ini dimasukkan di akhir masakan atau semasa masakan dihidangkan. Tetapi jika anda tidak suka akan rasanya, aroma masih boleh dimasukkan dalam masakan dengan cara menyimpul dan masukkan dalam masakan agar rasa dan aromanya lebih sedap dan wangi.
Dilarutkan – Asam Jawa
Asam Jawa sebaiknya dilarutkan dahulu dengan air suam sebelum sedia dimasukkan dalam masakan. Tujuannya bancuhan air asam akan lebih mesra dengan masakan dan memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Bagaimana pun sekarang sudah ada asam jawa yang dijual dalam bentuk pes, Pun begitu sebaikknya anda bancuh juga terlebih dahulu.
Diharapkan dengan sedikit makluman ini, anda boleh amalan semasa memasak, agar rasa dan aroma masakan lebih sedap dan mantap.
Tomato antara buah yang tidak tahan lama, walaupun ia boleh dipelbagaikan kegunaan dalam masakan termasuk dijadikan jus atau sos secara homemade, sebaiknya anda membeli mengikut keperluan. Namun jika anda membeli lebih untuk tujuan stok atau waktu harga murah, jangan risau, ia akan busuk dan menyebabkan pembaziran. Kerana info berikut boleh dimanfaatkan untuk membantu anda menyimpan tomato suapaya kekal segar dan tahan lama.
Simpan Tomato Pada Suhu Bilik
Cara terbaik simpan buah tomato pada suhu bilik, biasanya di ruang dapur, anda hanya perlu masukkannya dalam bekas terbuka (tanpa penutup) yang dialas dengan kertas atau tisu dapur supaya bahagian bawah bekas tidak panas dan kekal pada suhu bilik, dengan cara ini tomato tahan lebih lama.
Terbalikkan Tomato
Meletakkan tomato dalam posisi terbalik ( bahagian tangkai di bawah) membantu menjadikan ia kekal segar dan tahan lama. Kerana cara ini mengurangi proses oksidasi yang menyebabkan tomato terlindung dari udara di sekelilingnya. Tomato yang diletakkan dalam bekas terbuka, boleh menghasilkan haba panas di sekelilingnya secara semulajadi. Sebab itu tomato dikatakan boleh membantu mempercepatkan buah-buahan lain masak apabila buah tersebut diletakkan dalam bekas yang sama dengan tomato.
Jangan Buang Tangkai Tomato
Jika buah tomato yang dibeli mempunyai tangkai, jangan buang kerana ia membantu melewatkan proses tomato dari cepat busuk. Jika dibuang tangkai, ia memudahkan bakteria masuk dalam tomato akan cepat menjadi busuk.
Jangan Simpan Tomato Dalam Peti Sejuk
Jika anda beranggapan masukkan tomato dalam peti sejuk adalah cara terbaik simpan tomato. Anggapan ini adalah salah sama sekali. Sebenarnya tomato akan mudah rosak dari segi warna, tekstur, mahupun rasanya.
Untuk lebih praktikal , jika anda membeli tomato dalam kuantiti yang banyak, sebaiknya pilih tomato belum masak sepenuhnya, ia membantu proses simpan tomato menjadi lebih lama. Ini kerana tomato Ia akan masak sendiri dalam simpan
Jika resipi dalam gram, agak sukar untuk menimbangnya lebih-lebih lagi jika anda tak ada penimbang di rumah. Usah risan kerana carta ini boleh selesaikan masalah anda.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!