Nasi adalah makanan ruji yang tidak mungkin kita tinggalkan. Bermula dari sarapan hingga ke makan malam. Pendek kata, kalau tak makan nasi umpama tak makanlah satu hari. Sebut apa sahaja menu berasaskan nasi semua akan menjadi kegemaran ramai. Namun majoriti masyarakat Malaysia sudah biasa menggunakan beras putih sahaja sedangkan terdapat beberapa jenis beras yang bila dimasak bukan sahaja enak malah lebih berkhasiat.
Antaranya beras merah Primera. Sudah beberada di pasaran tempatan sejak tahun 2017, namun masih ramai masyarakat Malaysia masih belum tahu kewujudan beras istimewa berwarna merah ini. Masih ramai yang belum mengetahui bahawa beras merah ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang tinggi tanpa perlu mengenepikan sajian kegemaran anda. Dengan beras merah ini, anda boleh memasak apa sahaja menu yang biasa dimasak menggunakan beras putih.
Mungkin ada yang menganggap masakan menggunakan beras merah adalah begitu janggal, tetapi sebenarnya, beras merah boleh menjadi hidangan yang sangat sedap dengan cara memasak yang betul. Malah sajian harian seperti Nasi Lemak boleh menjadi lebih istimewa, lebih sihat untuk seisi keluarga.
Selain daripada mempunyai kandungan antosianin yang berfungsi mengurangkankeradangan dan alergi, beras merah mampu untuk mengurangkan risiko kanser dan menurunkan berat badan. Jika anda ingin berdiet dan mengamalkan gaya pemakanan sihat tanpa meninggalkan nasi, beras merah rendah GI ini adalah solusi yang paling tepat.
MEMILIH BERAS MERAH YANG TERBAIK
Beras Merah Primera, adalah pilihan terbaik kerana mempunyai nilai GI rendah, tinggi dengan serat dan kaya dengan kandungan antioksidan. Kenapa perlunya untuk pilih beras yang nilai GI rendah?
Buat anda yang masih baru dengan penggunaan beras merah, kandungan GI yang rendah sangat membantu dalam menunjukkan keupayaan relatif kandungan karbohidrat dalam makanan yang meningkatkan kadar glukosa dalam darah.
Jadi maksudnya di sini, GI adalah sistem pengukuran yang diberikan kepada makanan untuk menggambarkan seberapa cepat karbohidrat dicerna dan diserap ke dalam saluran darah. Dan apa yang menarik, nilai GI dalam beras merah Primera adalah yang terendah iaitu 46, berbanding nilai piawai yang ada dalam beras lain.
Apa yang boleh dikatakan, makanan dengan nilai GI yang rendah akan dicerna secara perlahan menyebabkan kadar kenaikan kadar gula dalam darah menjadi perlahan dan stabil, seterusnya akan mengurangkan risiko menghidapi diabetes.
TIP MEMASAK BERAS MERAH MENJADI LEBIH SEDAP
Bagi yang pertama kali makan beras merah, akan merasa janggal dengan rasa beras merah kerana lidah kita sudah biasa dengan nasi putih. Dengan teknologi yang ada sekarang ini, kualiti beras merah telah dipertingkatkan dengan rasa yang sangat premium dan sedap.
Malah sangat sesuai untuk dimasak bagi juadah masakan Malaysia seperti nasi lemak, nasi impit dan juga bubur! Memang cara terbaik untuk menjaga pemakanan di rumah, selain daripada bersenam mengeluarkan peluh.
Cara untuk memasak beras merah ini sangatlah mudah. Hanya perlukan masukkan 2.5 cawan air bagi 1 cawan beras merah dan dimasak selama 25 minit dengan periuk nasi elektronik. Jika inginkan tekstur yang lebih lembut, anda boleh tambahkan air kepada 3 cawan.
Sukatan untuk masak nasi lemak menggunakan beras merah ialah:
1 cawan beras merah + 2 cawan santan. Dengan sukatan yang mudah ini, anda dapat menikmati hidangan nasi lemak yang bukan sahaja sedap, malah lebih sihat dan segar.
Nasi Impit menggunakan beras merah juga tidak kurang enaknya apa lagi jika dinikmati bersama kuah kacang atau lodeh. Sukatan untuk membuat nasi impit menggunakan beras merah ialah: 1 cawan beras merah + 4 cawan air.
Ramai daripada kita juga suka makan bubur nasi. Sama ada dibuat kosong dan dimakan dengan aneka lauk dan sambal atau dijadikan bubur lambuk. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna sukatan bagi membuat bubur menggunakan beras merah ialah:1 cawan beras merah + 1 liter air.
RESIPI ISTIMEWA MENGGUNAKAN BERAS MERAH
MANGO RED RICE DESSERT
Beras merah sememangnya gandingan serasi dengan santan kerana ia mempunyai rasa kekacang. Namun jika anda tidak sukakan mangga, boleh ditukarkan kepada pisang, betik, durian ataupun nanas. Malah boleh disejukkan dahulu sebelum dihidang.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras merah Primera Mangga 1 cawan santan 1 sudu besar gula perang ¼ sudu kecil garam Himalayan 2 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan rendamkan beras merah Primera selama satu jam. Kemudian, toskan. 2.Di dalam bekas yang lain, masukkan beras, air, santan, garam dan gula perang. Kacau sebati. 3. Kemudian, masak di atas dapur selama 30 hingga 45 minit. Ketepikan.
BAHAN SOS:
Ads
1 cawan santan 3 sudu besar gula perang
CARA MEMASAK:
1.Menggunakan mangkuk, masukkan santan dan gula perang. Kacau hingga sebati. Kemudian masak di atas dapur selama lima minit atau sehingga menjadi pekat. 2.Hidangkan bersama nasi merah dan mangga.
NASI ULAM
BAHAN A (untuk nasi)
2 cawan beras merah 5 cawan santan 2 batang serai ( dititik) 3 keping daun limau purut 1 helai daun salam Garam secukupnya.
CARA MEMASAK:
1. Masak beras merah bersama santan, garam, daun salam, serai serta daun limau purut. 2. Masak nasi seperti masak nasi lemak. Sejukkan nasi yang dimasak untuk beberapa jam.
BAHAN-BAHAN B
6 jenis ulam-ulaman (diracik halus ) 2 biji kuning telur asin (dicincang halus) 2 cawan isi ikan tenggiri goreng (dicarik halus) 1 cawan udang kering digoreng dan dikisar halus 1 cawan bawang goreng 1 cawan kerisik 4 batang serai (dihiris halus) 2 bunga kantan (dihiris nipis) 6 helai daun limau purut (dihiris nipis) 4 sudu besar sambal belacan 1/4 cawan budu 2 helai daun kunyit (dihiris halus) 8 biji limau nipis Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Ads
1. Di dalam mangkuk besar, gaul nasi beras merah yang dimasak tadi bersama semua bahan B. 2. Gaul sampai rata dan secukup rasa. Perahkan air limau nipis dan sajikan.
KEK BERAS MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras merah Primera ¼ cawan tepung beras pulut 50ml air ¼ cawan gula organik Buah kering (dried fruit)
CARA-CARA:
1.Masukkan beras merah dan tepung beras pulut di dalam mangkuk. 2. Kemudian, masukkan air. Gaul sehingga ia betul-betul sebati. 3. Selepas ia sebati, ayakkan adunan tadi. Kemudian, masukkan gula dan kacau rata. 4. Menggunakan bekas atau mangkuk kecil, masukkan campuran buah kering di dasarnya. 5. Kemudian, masukkan pula adunan sehingga penuh. Tekan untuk bagi adunan padat sepenuhnya. 6. Panaskan kukusan. Kukus selama 20 minit.
NASI BUKHARI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras merah 3 sudu besar minyak zaitun 1 cawan bawang besar Holland | dipotong dadu 1 cawan lobak merah | dipotong panjang-panjang 1 cawan kacang kuda (separa masak) ¼ sudu teh garam Himalaya ½ sudu teh serbuk kayu manis 2 helai daun salam (bay leaf) 1 sudu teh serbuk jintan 1 sudu teh buah pelaga ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk ½ sudu teh serbuk buah pala ¼ sudu teh cengkih 2 ½ cawan air rebusan sayur Kacang panggang Kismis Ketumbar
CARA-CARA:
1. Basuhkan beras merah Primera. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan lobak merah. Kacau rata sehingga lobak menjadi lembut. 3. Masukkan serbuk kayu manis, bay leaf, serbuk jintan, buah pelaga, lada hitam, serbuk buah pala dan cengkih. Kacau sebati. 4. Kemudian, masukkan kacang kuda dan beras merah. Kacau sehingga semuanya sebati antara satu sama lain. 5. Masukkan air rebusan sayur. Kacau lagi. Masak sehingga ia mendidih. Kemudian, perlahakan api dan masak lagi selama 40 minit. 6. Hidangkan dengan kacang panggang, kismis dan daun ketumbar.
DI MANA BOLEH DIDAPATI?
Beras merah Primera ini sangat senang untuk ditemui kerana boleh didapati di pasaraya terpilih seperti Tesco, AEON Big, Village Grocer, Giant, MyDin, The Store, C-Mart dan juga pembelian secara dalam talian di Shopee dan Lazada di link ini http://mylink.la/primera
Bila tibanya bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi juadah paling popular dan dinanti-nantikan oleh semua. Memang sedap! Jadi sempena bulan puasa ini, tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati juadah ini sewaktu berbuka.
Setiap negeri punya resipi Bubur Lambuk yang jadi kegemaran masyarakat setempat. Rupa seakan sama namun punya keistimewaan serta keenakan yang tersendiri. Seperti Bubur Lambuk Pantai Timur, ia menggunakan ramuan isi ikan dan dimasak dengan Pucuk Midin. Unik tapi memang sedap tau! Jika ada kesempatan, anda harus cuba.
Tak larat nak beratur di bazar? Anda pun boleh masak sendiri Bubur Lambuk di rumah. Hanya dengan beberapa bahan asas, juadah yang mudah, sedap, berkhasiat dan terjamin bersih ini sedia untuk dihidangkan buat keluarga tercinta.
AJI-SHIO® RAHSIA BUBUR LAMBUK JADI ENAK & MUDAH DIMASAK
Bagi yang pernah rasa Bubur Lambuk Pantai Timur, pasti tidak akan melupakan keenakan rasanya. Penuh dengan rasa lemak santan dan juga isi ikan, memang menggugat selera. Penggunaan bahan-bahan terbaik dan berkualiti memberikan rasa yang terbaik. Ditambah pula dengan campuran AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, menaikkan lagi rasa dan aroma Bubur Lambuk serta membuatkan ia jadi lebih memikat selera. Semunya cukup rasa. Dalam setiap suapan, memang terasa kenikmatannya.
AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
Selain Bubur Lambuk, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa juga sesuai digunakan dalam pelbagai jenis menu kegemaran anda yang lain. Masakan tradisional atau moden, semuanya sesuai. Hanya tambahkan sedikit sahaja, hidangan enak sudah tersedia. Sesuaikan sahaja mengikut selera.
Mudah dan senang digunakan menjadikan produk ini menjadi pilihan ramai. Hanya dalam satu paket sahaja, kerja-kerja memasak jadi lebih mudah dan cepat.
Tahun ini AJI-SHIO® sekali lagi berbakti kepada masyarakat dengan menaja program Bubur Lambuk Perdana yang bakal diadakan di Kota Bharu Kelantan.
Projek ini adalah sebagai tanda terima kasih bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 dan juga sumbangan kepada golongan Asnaf yang memerlukan.
Malah Bubur Lambuk istimewa juga turut diagihkan kepada orang ramai yang berkunjung ke Aeon Mall Kota Bharu. Wow… Bestnya!
Sebanyak 1000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang Kota Bharu dan yang tinggal di kawasan sekitarnya, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Aeon Mall Kota Bharu, pada 22 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh AJI-SHIO®.
Periuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang jadi penyelamat bila nak masak hidangan yang biasanya ambil masa lama seperti rendang daging, sup tulang dan lain-lain. Tapi sebenarnya, banyak lagi resipi mudah yang boleh dimasak guna periuk ni. Jom tengok dan cuba sendiri – confirm senang dan menjimatkan masa!
Pukul telur, gula, mentega dan esen vanilla hingga sebati.’
Kemudian masukkan tepung. Adun rata.
Bahagikan adunan kepadaq dua bahagian. Satu pada adunan asal dan satu bekas ditambah dengan serbuk koko.
Tuang adunan berselang seli ke dalam acuan.
Alas inner pot dengan redai besi. Letak acuan dan tutup periuk.
Selaraskan tombol pressure, set ‘high pressure’ selama 60 minit.
Buka periuk dan lihat kek. Jika permukaan kek nampak perang, tandanya kek telah masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.
8 ekor ikan selayang | dibuang kepala dan ekor, bersihkan
1 cawan puri tomato
2 biji tomato cincang
1 biji bawang besar | hiris kasar
5 ulas bawang putih | cincang
1/3 cawan minyak
1 sudu halba campur | kalo tak suka boleh skip atau letak sikit je
Sedikit air | jumlah agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
Masukkan tomato cincang dan ikan.
Masukkan puri tomato dan halba campur.
Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambiltu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
Boleh frozen kan. Masuk dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak
Nota 1: saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka
Nota 2 : Kalau guna noxxa, masak ‘high pressure’ dalam 90 minit.
Nota 3 : Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.
Nasi impit sering disajikan bersama kuah kacang , rendang dan kuah lodeh. Namun begitu, nasi impit juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang enak.
foto: ms.wikipedia.org
Khas buat anda, RASA berikan cetusan idea untuk mempelbagaikan hidangan berasaskan nasi impit yang anda boleh hasilkan di rumah. Lepas ni jika ada nasi impit lebih, tak perlulah membazir. Macam-macam boleh buat.
1. NASI IMPIT OLIO
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
2 keping daging salai|dihiris nipis
2 biji bawang putih
2 biji cili padi|hiris halus
1 biji cili merah |dipotong dadu
10 biji ceri tomato|dipotong dua
Garam secukup rasa
Minyak jagung|untuk menumis
Herba basil secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan daging salai dan tumis sehingga garing.
Masukkan separuh tomato dan kacau sehingga sedikit layu.
Campurkan nasi impit, cili merah dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut citarasa anda.
Tambahkan separuh ceri tomato yang sudah dihiris sebelum dihidang.
INFO CHEF: Pastikan daging salai dtumis sehingga garing untuk mendapatkan tekstur rasa yang lebih enak.
2. NASI IMPIT GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
3 biji bawang merah|dikisar
2 biji bawang putih|dikisar
2 biji cili merah|dikisar
3 biji cili padi|dikisar
½ cawan udang kering|dibersihkan
Sedikit minyak|untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kiub stok ayam
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga halus.
Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga naik baunya.
Tambahkan stok ayam dan garam mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, masukkan nasi impit dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Penggunaan udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis mengikut citarasa.
3. SALAD NASI IMPIT
BAHAN-BAHAN:
4 paket kecil nasi impit|direbus
1 biji timun jepun
15 biji anggur
10 biji ceri tomato
125gm jagung dalam tin
1 paket daun salad campuran
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS SALAD:
1 biji lemon
15ml madu
Sedikit minyak jagung
Sedikit garam dan lada hitam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sos salad, masukkan semua bahan-bahan seperti lemon yang telah diambil jus, madu, minyak jagung, garam dan lada sulah ke dalam botol dan goncang sehingga menjadi sebatian.
Potong nasi impit mengikut citarasa anda.
Lalu gaulkan sos salad bersama semua bahan dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.
Info Chef: Untuk lebih rasa, tambahkan kekacang untuk rasa yang lebih ranggup.
4. NASI IMPIT SAMBAL PARU
BAHAN-BAHAN:
1 paket besar nasi impit|direbus
500g paru yang sudah direbus
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji tomato|dicincang halus
Sedikit air asam jawa
5gm sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi.
Paru dihiris nipis dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar dan tomato sehingga naik bau.
Masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula secukup rasa mengikut citarasa anda.
Masukkan paru dan gaul sehingga mesra bersama nasi impit. Sedia untuk dihidang.
Info Chef: Paru hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga ia benar-benar masak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.