RASA berbesar hati berkongsi kisah seorang insan ternama, Chairman & Founding Partner of Ikhlas Capital, Dato’ Sri Nazir Razak. Siapa sangka beliau ialah seorang pejuang kanser. Kita kena sedar, kanser tak kenal siapa. Beliau sangat bertuah kerana telah sembuh dan kini bercita-cita ingin membantu lebih ramai individu supaya meningkatkan kesedaran mengenai kanser.

Pernah Hidap Kanser Prostat. Nazir Razak Pesan Lelaki Mesti Ambil Tahu, Jangan Malu!

Dato’ Nazir Razak.

Lelaki selalu dikaitkan dengan ego dan selalu ingin tampil macho. Apabila kena kanser prostat, terasa malu dan menganggap bagai hilang kelelakiannya kerana kanser itu di bahagian alat sulit. Itu jugalah yang dirasai oleh Nazir apabila dimaklumkan beliau menghidap kanser prostat. Paling mengejutkan adalah beliau menghidap kanser tanpa sebarang simptom atau tanda. Beliau merasakan dirinya sihat namun tanpa sedar beliau sebenarnya menghidap kanser tahap dua.

“Kisah kanser saya bermula semasa hendak beli insurans. Macam biasa sebelum beli kena buat medical test. Salah satunya PSA test iaitu ujian cancer marker. Bila bacaan tinggi, saya kena buat test sekali lagi dengan MRI. Nampak ada tumor di prostat. Buat test lagi iaitu biopsi untuk mengesahkan kanser atau bukan. Apabila result keluar, memang sah itu adalah kanser. Tambah gusar apabila doktor kata sel-sel kanser itu adalah jenis agresif,” ceritanya.

SOKONGAN ISTERI

Pernah Hidap Kanser Prostat. Nazir Razak Pesan Lelaki Mesti Ambil Tahu, Jangan Malu!

Sentiasa positif dan ceria, itulah personaliti Nazir yang aktif bersukan ketika muda.

Bagi lelaki yang menghidap kanser, pasangan yang sangat rasional pastinya menenangkan jiwa. Nazir bersyukur kerana mempunyai isteri yang sangat positif sekali gus membuatkan jiwanya lebih tenang saat berdepan dengan kanser.

“Doktor sarankan saya jalani pembedahan segera. Saya sebenarnya masih dalam keadaan terkejut. Maklumlah tiada simptom langsung. Tarikh 15 Disember, saya dan isteri berjumpa doktor. Doktor maklumkan kanser saya sudah stage dua. Apabila doktor terangkan segalanya mengenai apa yang saya perlu jalani seterusnya, isteri pegang tangan saya dan isteri kata kita akan lawan,” katanya.

Selain isteri, Nazir turut memaklumkan mengenai penyakitnya itu kepada ibu. Doa seorang ibu sangat mustajab untuk kesejahteraan.

“Saya turut bertanya pada doktor, apa next step yang perlu saya lakukan. Doktor kata, beritahu mengenai kanser saya ini kepada anak-anak. Bagi saya bab ini susah sikit. Tapi peranan isteri saya banyak sangat membantu. Isteri bercakap pada anak-anak kami dengan tenang dan tanpa sebarang emosional,” ceritanya lagi.

 

IKLAN

Pernah Hidap Kanser Prostat. Nazir Razak Pesan Lelaki Mesti Ambil Tahu, Jangan Malu!

Mengenai kawan-kawan pula, Nazir mengakui bukan semua kawan dimaklumkan mengenai penyakitnya. Nazir memilih kawan yang tidak mudah emosi dan kawan yang boleh memberikan saranan bermanfaat saja. Nazir lakukan ini demi mengelakkan drama dan tidak mahu orang cepat emosi dengan khabar kanser yang dihidapinya.

“Semua orang yang saya beritahu mengenai penyakit ini, saya pesan supaya tidak menyampaikan berita tersebut kepada orang lain,” ujar Nazir lagi.

MASA UNTUK BERKONGSI DAN MEMBANTU

Pernah Hidap Kanser Prostat. Nazir Razak Pesan Lelaki Mesti Ambil Tahu, Jangan Malu!

Lelaki usah malu dengan kanser prostat. (Gambar hiasan)

Selesai pembedahan dan keadaan kesihatan bertambah baik, Nazir kini bangkit sebagai pejuang kanser yang sangat bermotivasi. Menurut beliau, kini adalah masa terbaik untuk berkongsi mengenai kanser prostat. Jangan anggap kanser ini memalukan walaupun kanser itu terletak di ruang paling sensitif bagi seorang lelaki.

IKLAN

“Saya ada kawan yang menghidap kanser prostat. Dia pergi luar negara. Apabila balik ke tanah air, dia cakap dengan famili dia yang dia pergi buat heart check up sahaja. Padahal dia pergi ke luar negara untuk merawat kanser. Sebabnya, dia malu nak cerita yang dia ada kanser tersebut. Di UK, saya lihat ramai pemain bola yang bercakap mengenai kanser prostat. Di US pula 10 peratus lelaki adalah penghidap kanser prostat. Lelaki patut kena peka dengan situasi ni. Kita sama-sama kena tingkatkan kesedaran,” katanya menutup bicara.

 

PESAKIT KANSER PERLU PEMAKANAN YANG SESUAI

Diet seimbang memang disarankan untuk setiap individu. Pun begitu, bagi pesakit kanser mereka lebih digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Mengikut saranan Institut Kanser Negara (IKN), pesakit kanser disarankan mengambil makanan yang tinggi kalori dan protein. Ini bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap optimum. Pesakit perlu berdepan dengan proses rawatan kanser. Di sinilah letaknya keperluan pemakanan sihat itu tadi. Pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat penyakit kanser dan juga ketika menjalani rawatan.

Hidangan tinggi kalori adalah seperti nasi goreng, roti canai, murtabak, bubur kacang, puding bersusu, sup berkrim, sup ayam, susu penuh krim dan juga aiskrim. Selain itu hidangan tinggi protein pula adalah ayam, daging, ikan, hasil tenusu, telur, kekacang, tempe dan tauhu.

KEPENTINGAN PROTEIN DAN KALORI UNTUK PESAKIT KANSER

Ada sebab mengapa pesakit kanser perlu mengamalkan pemakanan tinggi protein dan kalori. Mereka perlukan makanan sedemikian untuk menjamin tahap kekuatan pada tubuh. Menerusi laman sesawang IKN, antara sebab pesakit kanser perlu amalkan diet sebegini adalah seperti berikut:

IKLAN

a) Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.
b) Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.
c) Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
d) Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk meningkatkan kalori dan protein dalam setiap hidangan pesakit kanser. Anda boleh cuba amalkan tip yang disediakan oleh Jabatan Dietetik & Sajian IKN ini.

TIP TINGKATKAN KALORI & PROTEIN DALAM HIDANGAN
1. Tambah susu atau gula dalam puding, telur hancur, lempeng dan ABC.
2. Celup roti dalam telur dan susu, kemudian goreng dengan mentega. Makan dengan jem.
3. Tambah keju dan mentega dalam sandwich.
4. Tambah sos salad dalam salad sayur-sayuran.
5. Tambah telur dalam cucur. Cecah dengan sos atau kuah kacang.
6. Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup atau bubur.
7. Gunakan formula khas tinggi kalori dan protein sebagai minuman.

Sumber: Institut Kanser Negara

Pernah Hidap Kanser Prostat. Nazir Razak Pesan Lelaki Mesti Ambil Tahu, Jangan Malu!

 

Jangan lupa saksikan Power Talk Fight Against Cancer, 18 November 2020, secara LIVE di facebook Mingguan Wanita.

Jom tonton video temuramah bersama Dato’ Nazir Razak di sini (tonton video)

Sumber gambar hiasan: 123rf

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI