Pernah Makan Nasi RabBani? Fuhh, Sedap Mengancam!

Share

Mesti terpinga-pinga sekejap kan bila dengar nama Nasi RabBani? Sebenarnya, ia adalah gabungan nama dari inspirasi Nasi Arab dan Beriani. Maka jadilah Nasi RabBani.

Itulah hasil kreatif resipi saudari Afy AL Habibi. Rasa hidangan yang pasti dijamin puas hati.

NASI WANGI

BAHAN-BAHAN:

1 pot beras basmathi ekstra panjang –
1 sudu besar marjerin atau minyak sapi
1 sudu kecil rempah sup Baba’s
1/3 kecil serbuk kari
Secubit serbuk kunyit
2 helai daun salam
*untuk edisi baru, saya tak masukkan 3 sekawan dan serai

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa.
2. Selepas nasi mengering, masukkan setitik dua air bancuhan pewarna oren di atas bahagian nasi beberapa tempat.
3. Taburkan setengah genggam kismis. Gaul nasi perlahan-lahan untuk elakkan bijinya patah.

GULAI KARI TELUR

BAHAN-BAHAN:
(Untuk 5-6 biji telur ayam yang sudah direbus)

*3 biji bawang merah( saiz syiling 20 sen) – beli online di sini
*1 ulas bawang putih kecil – beli online di sini
*Sehiris nipis lengkuas – beli online di sini
*Sehiris halia – beli online di sini
*Dua hiris nipis serai
*secubit ketumbar
*secubit jintan manis – beli online di sini
Rempah 3 sekawan
1/3 sudu besar cili kering kasar – beli online di sini
2 sudu besar rempah kari – beli online di sini
1 cawan air asam jawa (secubit asam jawa + secawan air kosong)
½ sudu besar gula melaka atau ½ keping manisan Kelantan – beli online di sini
Secubit dua garam bukit – beli online di sini
1 ½ sudip santan kotak – beli online di sini
½ sudu kecil kerisik – beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan bertanda * di atas. Kemudian, panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi.
2. Setelah garing, masukkan cili kering kisar. Kacau. Kemudian masukkan rempah kari.
(Tips penting : Untuk kelainan rasa, tambahkan secubit dua rempah kerutuk.)
3. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan. Seterusnya masukkan pula air asam jawa.
4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka atau manisan Kelantan dan garam bukit. Kacau sebati.
5. Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan santan kotak.
6. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.
(Tips kedua : Akhir sekali masukkan kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai.)
7. .Kemudian masukkan telur ayam yang sudah dikupas kulitnya. Balik-balikkan perlahan. Tutup api selepas rasa sebati.

KAMBING GRILL HONEY

BAHAN-BAHAN:

3 keping daging kambing | dibersihkan
2 sudu besar Honey BBQ
2 sudu besar sos lada hitam – beli online di sini
1 sudu besar kicap cair – beli online di sini
1 sudu besar gabungan kisaran:
*ketumbar
*lada hitam – beli online di sini
*jintan manis – beli online di sini

CARA-CARA:
1.Campurkan semua bahan di atas. Kemudian, perap daging kambing dengan bahan perapan ini selama 15 minit. Bakar sehingga masak.


2. Bakar atas pan selama 10-13 minit sahaja. Perlahankan api. Boleh tutup pan tersebut. Balik-balikkan.


3. Selepas kuah perapan mula mengering, tuang lagi sedikit sos lada hitam atas daging tersebut. Ratakan atas bawah.


4. Cukup 10-13 minit tutup api dan kambing grill honey sedia untuk diangkat. Tak sedap masak lama-lama. Nanti daging liat.

Kredit resipi dan foto: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:   

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:   

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff