Creampuff antara kuih yang sentiasa mendapat permintaan daripada mereka yang meminatinya. Creampuff yang sedap dimakan ialah mempunyai tekstur yang lembut dan inti yang tidak terlalu manis.
Menerusi perkongsian daripada Izz Aishah ini, dia berkongsi resipi creampuff yang berintikan filling kastard yang pernah menjadi hasil jualannya sebelum ini.
RESIPI CARA BUAT CREAMPUFF KASTARD
BAHAN-BAHAN:
250ml air
100gram marjerin (saya guna marjerin pelangi) – beli online DI SINI
125gram tepung gandum – beli online DI SINI
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Kek Berries Selembut Kapas
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
CARA-CARA:
1.Masukkan air dan marjerin dalam periuk. Masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih.
2. Apabila sudah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk.
3. Biarkan sampai tepung suam. Lepas tu, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati.
4. Sapukan loyang dengan marjerin.
5. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik (kalau ada acuan pakai la acuan, kalau tak ada pun tak apa). Pipekan adunan dengan susunan dalam loyang jarak-jarakkan sebab nanti creampuff akan mengembang.
6. Akhir sekali, spray dengan air . Bakar dengan menggunaka suhu 180C selama 35 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN CUSTARD FILLING:
250 ml susu cair/susu full cream
3 sudu besar tepung kastad – beli online DI SINI
5 sudu besar gula (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan) – beli online DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla
CARA-CARA:
1. Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam periuk. Masak di atas dapur dengan menggunakan api perlahan.
2. Masak sampai filling tu mendidih dan kental .
3. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap.
*Nak cantik boleh taburkan snow powder atas creampuff. Kalau tak ada, tak payah letak. Itu sebagai hiasan saja.
*Inti dia ni kalau korang nak buat guna style lain pun boleh tau.
Kredit resipi: Izz Aishah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: