Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hunny Wanny.
KERABU SARDIN
Ads
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Ads
Info RASA: Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Biasanya bila dihidangkan dengan menu kerabu, jadi berselera nak makan. Pasti bertambah nanti. Buat penggemar kerabu kena cuba buatnya, bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Resipi yang dikongsikan oleh Rohana Benjamin membuka selera sesiapa saja.
Kerabu Telur Masin
Bahan-bahan:
2 biji telur masin ( rebus) 1 genggam ikan bilis ( goreng) 8 tangkai cili padi ( hiris) ½ biji bawang besar( hiris) 2 biji bawang merah ( hiris) 4 biji limau kasturi ( ambil jus)
Cara membuat:
1.Kupas telur masin, kemudian hiris atau potong.
2.Sediakan bekas untuk meletakkan semua bahan. 3. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.
Kerabu, inilah menu yang mampu membuka selera. Makan pula dengan nasi panas-panas bersama ikan goreng , pergh terangkat sungguh . Tak toleh kiri dan kanan, laju jer menyuap. Sebagai contoh kerabu belimbing buluh + daun selom ni. Ratah begitu saja pun nikmat rasanya. Boleh cuba buat sendiri.
Bahan A(di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan
Bahan B(campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah
Bahan C
isi ikan
*sy guna ikan temenung 3 ekor,rebus n amik isi lps tu hancurkan dgn garfu
cara-cara:
campur semua bahan A,B dan C…perasakan dgn garam
Kerabu pucuk paku salad ala kampung yang punya banyak khasiat. Salah satu resipi kerabu yang sangat popular dan mudah disediakan. ia juga mempunyai nutrisi seperti zat besi dan juga vitamin A.
Nak makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun dah cukup sedap. Letak kelapa, perah limau buatkan kerabu ini lebih istimewa kaya dengan pelbagai rasa.
Yang sukakan sayur tu memang wajib cuba buat kerabu pucuk paku ini. Cukup rasa dan punya khasiat yang tinggi.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.