“ Persediaan saat akhir sebab handphone rosak, sehari sebelum baru dapat tahu terpilih ke sesi penjurian.”– Norsyahida Binti Mat Isa. Norsyahida Binti Mat Isa juga terpilih sebagai salah seorang wakil Zon Utara untuk ke peringkat Separuh Akhir dan akan berentap bersama 11 finalis yang lain untuk menempah tempat ke peringkat akhir yang pemenangnya akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000!
Bercerita tentang perjalanannya menyertai pertandingan ini, Norsyahida tidak menyangka menu Kari Kepala Ikan Nyoq berjaya menambat hati juri. “Terus terang, sememangnya saya tidak sangka boleh menang. Apa pun saya sangat bersyukur. Alhamdulillah boleh sampai ke peringkat ni” ujarnya yang masih tidak percaya masakannya Kari Kepala Ikan Nyoq terpilih dan masih lagi terkejut setelah diumumkan.
Malah ketika namanya diumumkan dia masih duduk dibangku dan dia tidak menyedari Shiha mengumumkan namanya, sehinggalah suaminya datang memberitahu. Syahida naik ke pentas dengan keadaan masih terkejut. Seakan tidak percaya hidangannya hari itu menjadi dua terbaik. Benarlah kata orang, kalau sudah rezeki tidak ke mana. Pastinya hidangan yang dianggap biasa itu , punya rasa enak sehingga juri sepakat memilihnya. Peserta bernombor 007 ini berasal dari Kepala Batas dan sering berkongsi resipi di beberapa grup masakan di Facebook. Dan pada hari pertandingan, rasa gementarnya ini tidak dapat dibendung kerana ia merupakan penyertaan pertama kalinya ke pertandingan memasak.
Sejak awal lagi, Norsyahida ini tidak meletakkan harapan tinggi untuk terpilih ke peringkat seterusnya kerana menang kalah itu adat pertandingan namun sekiranya terpilih, dia beranggapan itu rezeki anak-anaknya. Walaupun sedikit kalut menyediakan bahan untuk pertandingan #jagOHrasaBABAS ini, peserta ini lega telah berjaya membawa masakannya bertemu juri di Mydin Bukit Mertajam.
Bila ditanya, sekiranya beliau menang meraih undi bersama 11 finalis yang lain ini, Norsyahida menjawab akan buat yang terbaik walaubagaimanapun menang kalah adat bertanding, semua ini adalah pengalaman yang sangat baru baginya.
Resipi yang dipertandingkan di pentas #jagOHrasaBABAS ini telah diolah sendiri setelah belajar dari arwah nenek suami dan kawan-kawannya. Norsyahida berkata,
“saya olah mengikut citarasa saya sendiri dan paling mudah yang paling penting sekali saya menggunakan rempah BABAS baru rasa asli dan kari sejati!”.
Ads
Norsyahida berkata lagi, “saya sangat suka masak gulai, sebab suami saya suka makan gulai. Gulai ni adalah menu yang saya bersungguh-sungguh belajar sampai saya rasa berpuas hati. Waktu saya kerja dulu saya akan bawa bekal lauk ni untuk kawan-kawan. Alhamdulillah mereka puji masakan saya. Bila dapat peluang join pertandingan #jagOHrasaBABAS rasa sangat seronok dan saya berusaha sehabis baik untuk pertandingan ni”.
Beliau jika berterima kasih kepada Shiha Zikir kerana berkongsi link pertandingan ini di Facebook kerana dari situlah terdetik perasaan ingin mencuba nasib dalam pertandingan ini.
KARI KEPALA IKAN NYOQ
Ads
BAHAN-BAHAN: Bahan tumis: 1 sudu kecil halba campur Daun kari (kuantiti ikut suka) 2 ulas bawang putih (hiris nipis) 3 atau 4 ulas bawang merah (hiris nipis)
Bancuhan rempah: 2 paket kecil Rempah Kari Ikan Baba’s 2 sudu besar Rempah Kari Daging Baba’s Serbuk cili ikut suka (jika nak pedas) 1 sudu kecil asam jawa Garam secukup rasa Sedikit hirisan bawang merah dan putih Air (Kacau semua sekali bagi sebati)
Ikan (ikut suka) Santan Bendi Tomato Cili muda atau cilipadi Daun kari Serbuk perasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis semua bahan tumis di atas sehingga kekuningan 2. Masukkan bancuhan rempah, kacau sebati dan biarkan sampai rempah pecah minyak 3. Masukkan ikan (ikut suka ikan apa yang kita suka) kacau bagi ikan mesra dengan rempah, 4. Masukkan sedikit sahaja santan dan tambah air 5. Masukkan bendi, tomato, cili muda atau cilipadi, perasakan dengan serbuk perasa dan biarkan kuah mendidih 6. Tutup api biarkan sekejap. Akhir sekali tabur daun kari untuk menaikkan lagi aroma kari kita.
Ads
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memang sedap kalau dapat menikmati sepinggan Cucur Bilis panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang berselera. Nak tahu petua menghasilkan cucur atau jemput-jemput yang rangup diluar dan lembut di dalam? Ikut cara ni, adunan pun jadi sempurna. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Barulah cucur bila digoreng, elok bentuknya. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI CUCUR BILIS YANG GARING & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air panas menggelegak
1/4 cawan air biasa
1 biji bawang besar – didadu
1 biji cili merah – dihiris halus
2 sudu teh perencah MAGGI® Cukup Rasa
1 genggam ikan bilis yang telah dicuci
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung, bawang besar, cili besar, perencah MAGGI® Cukup Rasa dan ikan bilis ke dalam mangkuk.
2. Kacau sekata bahan-bahan tadi.
3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau laju supaya semua bahan sebati dan bergaul rata.
4. Tambah lagi air sejuk dan adun sekata. Tekstur adunan akan jadi sempurna. Tidak lembik sangat dan tidak terlalu keras.
5. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana perlahan. Jemputkan adunan ke dalam minyak.
6. Goreng seketika. Bila adunan cucur sudah sedikit keras, sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.
7. Bila cucur sudah nampak garing, angkat dan toskan minyaknya.
8. Hidangkan untuk keluarga. Enak dimakan bersama sos.
PETUA: Kalau nak membuat cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam, bancuhan pertama kena guna air panas menggelegak. Selebihnya barulah guna air sejuk biasa. Adunan pula tak lembik dan tak keras sangat baru menjadi cucur yang bulat dan tidak leper apabila digoreng. Selain itu, ikan bilis juga boleh diganti dengan isi udang.
25 Pemenang Berjaya Membawa Pulang Wang Tunai Bernilai Sehingga RM 11,000 Berserta Barangan Saji.
Lima minggu yang menarik dan penuh mengujakan. SAJI-AN MISTERI BERSAMA RASA telah menghadiahkan pengikut laman sosial di Malaysia khususnya pengikut RASA dan SAJI dengan perkongsian resipi-resipi dan hadiah-hadiah hebat sebagai penutup tirai tahun 2020.
Sepanjang kempen berjalan, Saji-an Misteri Bersama Rasa telah membawakan empat selebriti , dua selebriti terkenal tanah air dan dua insta-famous berkongsi lapan resipi air tangan mereka yang menggunakan barangan SAJI. Empat menu utama dan empat hidangan pencuci mulut yang dikongsi mereka begitu memikat selera yang dikongsi melalui video yang semestinya meriah dengan aksi dan celoteh mereka ketika memasak.
Bukan sekadar memasak, mereka juga turut membawa penonton menyahut cabaran Peraduan MASAK, KONGSI DAN MENANG yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 dan barangan saji setiap seorang untuk lima pemenang selama lima minggu.
SANTAN KELAPA SAJI JADI PILIHAN
Minggu pertama kita dihidangkan oleh Insta-Famous, Ashhryyyyy yang berkongsi menu Masak Lemak Siput Sedut dan Pengat Pisang Bersagu dengan menggunakan produk terbaru saji iaitu SANTAN KELAPA SAJI.
SANTAN KELAPA SAJI adalah seperti santan yang baru diperah tanpa pengawet dan pewarna yang menjadikan masakan sangat enak. Ashhryyyyy turun mengajak orang ramai menyahut cabaran membuat video masakan bagi memenangi hadiah wang tunai serta barangan Saji
Ternyata ramai yang menyahut cabaran itu dengan menghantar video memasak. Walau pun dalam tempoh yang tidak panjang, masing-masing berjaya menghasilkan video menarik yang begitu kreatif mengikut cara masing-masing memasak dan menyunting video.
Minggu berikutnya Datin Ismatia pula berkongsi resipi Kurma Daging dan Tepung Pelita. Siapa tidak kenal dengan Datin Ismatia yang memang pakar memasak. Melihat caranya menyediakan bahan-bahan pun kita sudah tahu beliau sentiasa memilih bahan yang berkualiti. SANTAN KELAPA SAJI menjadi pilihan untuk kedua-dua masakan selain turut menggunakan Minyak Masak Saji, Gula Saji dan Garam Saji.
Tidak sekadar menyaksikan video masakan Datin Isma yang sentiasa membangkitkan selera, yang menonton juga diajak untuk menyahut cabaran Masak, Kongsi dan Menang. Memang meriah bila semakin ramai yang berani mempamerkan keativiti mereka memasak sambal menghasilkan video. Bila dah banyak pemilihan perlu teliti. Dan sekali lagi lima pemenang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM500 setiap seorang serta hamper barangan Saji.
SERONOK TENGOK TELATAH ZARA ZYA DAN SHARIFAH SHAHIRAH DI DAPUR
Kalau melihat Zara Zya berlakon memang sudah selalu. Lakonan mantapnya memang sentiasa dinantikan peminat drama. Tetapi bila di dapur kita tidak tahu bagaimana aksinya memasak. Tahukah dia masak terutama masakan yang susah? Namun semua persoalan terjawab bila melihat video masaknya bersama SAJI. Aksi bersahaja Zara Zya yang pantas menyediakan Tomyam Pok Tek dan Pulut Mangga memang tidak dapat disangkal kehebatannya, apatah lagi dengan menggunakan bahan utama SANTAN KELAPA SAJI.
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti Sharifah Shahirah yang sentiasa ceria dan mengamatkan suasana. Baik berlakon atau mengacara, Shahirah akan selalu menyelitkan kata-kata lucu. Suasana pasti akan meriah dan begitu juga bila berada di dapur. Rendang Ayam Mak Esah dan Puding Sagu Gula Melaka dua menu yang dikongsi oleh Shahirah. Rendang Ayam menggunakan SANTAN KELAPA SAJI menjadi pilihan utama selain Minyak Masak Saji dan juga bahan-bahan lain Saji.
Peraduan MASAK KONGSI DAN MENANG semakin meriah apabila ratusan penyertaan diterima. Dan penonton semakin kreatif mencipta resipi baru dengan menggunakan pelbagai produk SAJI termasuk produk terbaru BERAS dan GULA SAJI Masing-masing mencipta resipi mengikut cara dan gaya selebriti pilihan masing-masing selain turut menyerlahkan kreativiti tersendiri. Dua minggu terakhir ini menyaksikan 10 lagi pemenang terpilih.
Melihat sambutan hebat daripada pengikut Majalah Rasa dan juga daripada pengikut Instagram selebriti dan personaliti yang ditonjolkan, pihak pengurusan SAJI telah melanjutkan seminggu lagi peraduan bagi memberi peluang orang ramai menampilkan kreativiti mereka. Ternyata sambutan yang diterima juga sangat luar biasa. Sebagai penutup kempen Saji-an Misteri Bersama Rasa 2020, 2 hadiah Utama berupa wang tunai RM500 dan barangan saji disediakan. Juga disediakan 3 hadiah saguhati berupa barangan saji. Semuanya sebagai menghargai sokongan orang ramai kepada SAJI.
Bagi anda yang ingin menyaksikan keseluruhan video, mendapatkan resipi dan melihat siapakah pemenang-pemenang yang bertuah itu boleh layari https://www.rasa.my/rasa-x-sajian-misteri/
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jangan lupa terus follow RASA & SAJI untuk menyertai peraduan-peraduan yang akan datang. Jumpa lagi!
Sesekali makan bubur ayam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
1 batang lobak merah – potong dadu
2 keping dada ayam – rebus dan carik
1 kiub MAGGI®️ Pati Ayam
Bawang putih – cincang halus
Lada sulah dan lada hitam
1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub MAGGI®️ Pati Ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) secukupnya.
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
INFO: Taburan bawang goreng dan isi ayam menyedapkan lagi rasa bubur ini
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.