“ Persediaan saat akhir sebab handphone rosak, sehari sebelum baru dapat tahu terpilih ke sesi penjurian.”– Norsyahida Binti Mat Isa.
Norsyahida Binti Mat Isa juga terpilih sebagai salah seorang wakil Zon Utara untuk ke peringkat Separuh Akhir dan akan berentap bersama 11 finalis yang lain untuk menempah tempat ke peringkat akhir yang pemenangnya akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000!
Bercerita tentang perjalanannya menyertai pertandingan ini, Norsyahida tidak menyangka menu Kari Kepala Ikan Nyoq berjaya menambat hati juri.
“Terus terang, sememangnya saya tidak sangka boleh menang. Apa pun saya sangat bersyukur. Alhamdulillah boleh sampai ke peringkat ni” ujarnya yang masih tidak percaya masakannya Kari Kepala Ikan Nyoq terpilih dan masih lagi terkejut setelah diumumkan.
Malah ketika namanya diumumkan dia masih duduk dibangku dan dia tidak menyedari Shiha mengumumkan namanya, sehinggalah suaminya datang memberitahu. Syahida naik ke pentas dengan keadaan masih terkejut. Seakan tidak percaya hidangannya hari itu menjadi dua terbaik. Benarlah kata orang, kalau sudah rezeki tidak ke mana. Pastinya hidangan yang dianggap biasa itu , punya rasa enak sehingga juri sepakat memilihnya.
Sejak awal lagi, Norsyahida ini tidak meletakkan harapan tinggi untuk terpilih ke peringkat seterusnya kerana menang kalah itu adat pertandingan namun sekiranya terpilih, dia beranggapan itu rezeki anak-anaknya. Walaupun sedikit kalut menyediakan bahan untuk pertandingan #jagOHrasaBABAS ini, peserta ini lega telah berjaya membawa masakannya bertemu juri di Mydin Bukit Mertajam.
Bila ditanya, sekiranya beliau menang meraih undi bersama 11 finalis yang lain ini, Norsyahida menjawab akan buat yang terbaik walaubagaimanapun menang kalah adat bertanding, semua ini adalah pengalaman yang sangat baru baginya.
Resipi yang dipertandingkan di pentas #jagOHrasaBABAS ini telah diolah sendiri setelah belajar dari arwah nenek suami dan kawan-kawannya. Norsyahida berkata,
“saya olah mengikut citarasa saya sendiri dan paling mudah yang paling penting sekali saya menggunakan rempah BABAS baru rasa asli dan kari sejati!”.
Norsyahida berkata lagi, “saya sangat suka masak gulai, sebab suami saya suka makan gulai. Gulai ni adalah menu yang saya bersungguh-sungguh belajar sampai saya rasa berpuas hati. Waktu saya kerja dulu saya akan bawa bekal lauk ni untuk kawan-kawan. Alhamdulillah mereka puji masakan saya. Bila dapat peluang join pertandingan #jagOHrasaBABAS rasa sangat seronok dan saya berusaha sehabis baik untuk pertandingan ni” .
Beliau jika berterima kasih kepada Shiha Zikir kerana berkongsi link pertandingan ini di Facebook kerana dari situlah terdetik perasaan ingin mencuba nasib dalam pertandingan ini.
KARI KEPALA IKAN NYOQ
BAHAN-BAHAN:
Bahan tumis:
1 sudu kecil halba campur
Bancuhan rempah:
2 paket kecil Rempah Kari Ikan Baba’s
2 sudu besar Rempah Kari Daging Baba’s
Serbuk cili ikut suka (jika nak pedas)
1 sudu kecil asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan bawang merah dan putih
Air
(Kacau semua sekali bagi sebati)
Ikan (ikut suka)
Santan
Bendi
Tomato
Cili muda atau cilipadi
Daun kari
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan tumis di atas sehingga kekuningan
2. Masukkan bancuhan rempah, kacau sebati dan biarkan sampai rempah pecah minyak
3. Masukkan ikan (ikut suka ikan apa yang kita suka) kacau bagi ikan mesra dengan rempah,
4. Masukkan sedikit sahaja santan dan tambah air
5. Masukkan bendi, tomato, cili muda atau cilipadi, perasakan dengan serbuk perasa dan biarkan kuah mendidih
6. Tutup api biarkan sekejap. Akhir sekali tabur daun kari untuk menaikkan lagi aroma kari kita.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta