Makan

Pertandingan redONE King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra Berlangsung Meriah

Share

King & Queen Bawa Pulang Wang Tunai RM300 Serta  Barangan Eksklusif redONE Mobile

Empat hari berkampung di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival sempena Sambutan Hari Malaysia sambutannya sungguh luar biasa. RASA Layan Curry Fiesta 2024 bukan sekadar pesta makanan; ia adalah simbol perpaduan yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa.

Ini merupakan pesta makan terbesar pernah dianjurkan. Acara julung kali diadakan ini diserikan dengan himpunan pelbagai hidangan kari, satu masakan yang begitu sinonim dengan pelbagai kaum di negara kita. Dari roti canai kari hingga nasi kandar, kari telah lama menjadi penghubung yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang atau budaya.

Kehadiran YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor menyempurnakan lagi majlis ini.

Tambah meriah lagi bila adanya pertandingan redONE King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra. Hadiah berupa wang tunai sehingga RM300 dan barangan eksklusif redONE Mobile menanti pemenang-pemenang yang berjaya habiskan jumlah roti canai yang disediakan.

Terbuka kepada lima peserta lelaki dan wanita. Pertandingan ini mencari King dan Queen yang terpaling cepat dan banyak makan roti canai. Ada tiga sesi kesemuanya.Hadiah wang tunai untuk juara iaitu King dan Queen sebanyak RM300 setiap seorang  dan dua hadiah saguhati RM100 setiap seorang.

Memang lumayan hadiahnya. Bukan setakat dapat makan roti canai free kalau menang dapat pula hadiah wang tunai. Bukan main sporting semua peserta ni malahan penyertaan dari kalangan kanak-kanak pun ada.

Pertandingan pencarian King dan Queen Roti Canai Ultra dari siri 1 hingga 3 memang meriah. Terima kasih buat redONE Mobile dan tahniah kepada pemenang dan juga peserta yang lain.

Selain acara di pentas utama, pengunjung turut sesak di booth redONE Mobile bila mana adanya tawaran istimewa sempena festival ini. Hanya langgan pelan 5G Postpaid di booth redONE

Mobile untuk dapatkan telefon pintar percuma selepas 6 bulan.Pelan 5G Postpaid bermula dari RM38 sebulan sahaja.Pelan dipadatkan dengan data sepantas kilat tanpa had.Akses internet serta media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram dalam HD tanpa had untuk tingkatkan produktiviti dan berhibur berterusan.Panggilan tanpa had.Hotspot sehingga 50 GB.Semua ini di liputan rangkaian terluas. Wow memang menarik promosi yang ditawarkan buat pengunjung!!.

Selain itu pengunjung dapat sertai game filter Roti Canai Ekspres Ultra hanya dengan singgah di booth redONE Mobile, scan QR code dan ikut langkah-langkah yang disediakan berpeluang untuk memenangi hadiah.

Semua tawaran hebat ini eksklusif untuk pengunjung Rasa Layan Curry Fiesta di Setia City Convention Centre.

Terima kasih kepada rakan penaja redONE Mobile yang telah memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran fiesta ini. Dengan gabungan HAVOC Food Festival, program ini berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung yang ingin merasai kepelbagaian makanan viral. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang fiesta ini, termasuk demonstrasi masakan, persembahan yang memeriahkan suasana.

Melalui kerjasama yang erat dengan pelbagai pihak, RASA Layan Curry Fiesta 2024 berjaya mencapai objektifnya untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui makanan dan budaya.

IKLAN