Peralatan dapur telah menjadi sebahagian daripada keperluan penting dalam semua isi rumah hari ini. Perkakas dapur yang cekap bukan sahaja mengurangkan kerja anda tetapi membuat ia lebih mudah. Dengan bantuan ini, anda boleh memasak hidangan yang cepat dan lazat untuk sekeluarga nikmati.
Memilih peralatan dapur sememangnya melalui proses yang sukar kerana melibatkan kualiti produk yang terbaik selari dengan keperluan serta kehendak pemilik kediaman. Apabila memilih peralatan untuk dapur, ia adalah sangat penting untuk mempertimbangkan keperluan anda, gaya hidup, bajet dan tabiat memasak bersama-sama dengan spesifikasi yang diketengahkan oleh peralatan tersebut.
1.Fikir sebelum anda melabur. Kos yang tinggi nyata memberi kesan kepada pemilik. Kebanyakan peralatan yang mahal dan berjenama memberi pulangan yang hebat kerana ia boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
2.Sebelum mengeluarkan wang untuk perkakas dapur baru, anda perlu memeriksa keadaan perkakas lama terlebih dahulu. Adakah anda benar-benar perlu untuk menaik taraf perkakas dapur anda? Adakah perkakas lama tersebut sudah teknologi ketinggalan zaman atau tidak boleh digunakan lagi.
3.Kekerapan menggunakan sesuatu jenis perkakasan antara faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli. Adalah anda akan menggunakannya dengan kerap? Pembelian yang dibuat perlu mempunyai satu tujuan. Jangan membeli perkakas tertentu hanya kerana ia wujud dalam dapur lain.
4.Peralatan boleh didapati dalam beberapa saiz untuk memenuhi keperluan untuk saiz dapur, pelbagai gaya, dan keutamaan. Jangan membuat keputusan muktamad mengenai peralatan dapur sebelum mengukur ruang yang ada. Sebagai contoh, anda tidak mahu untuk mencari peti sejuk yang anda pilih adalah terlalu tinggi untuk dimuatkan di bawah kabinet.
5.Jangan teragak-agak untuk mengumpul maklumat daripada keluarga, kawan-kawan, forum dalam talian dan juga laman sesawang syarikat. Anda juga boleh bertanya kepada pekerja kedai dan pastikan mereka tahu secara terperinci tentang waranti dan jaminan.
6.Kebanyakan peralatan dapur boleh didapati dalam putih, hitam, keluli tahan karat. Lebih baik untuk memilih perkakasan yang mudah untuk dibersihkan. Peralatan dengan kemasan keluli tahan karat biasanya menelan kos yang lebih tinggi dan memerlukan pembersih khas.
7.Apabila membandingkan harga, anda juga perlu bertanya tentang pemasangan serta penghantaran yang perlu dibuat oleh kedai tersebut. Kedai yang menawarkan harga terendah mungkin tidak memasukkan elemen berkenaan dalam harga yang dibuat. Bandingkan semua kos sebelum memutuskan kedai yang menawarkan nilai terbaik bagi item yang sama. Anda boleh menjimatkan wang tanpa perlu mengurangkan kualiti yang diperlukan.
8.Cari peralatan yang mempunyai penjimatan tenaga untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menjimatkan bil utiliti bulanan anda.