Jika perut kurang selesa atau rasa tak selera makan nasi, boleh cuba masak Sup Sawi Tofu Telur ni. Ia boleh memberikan rasa kenyang malah sangat senang dihasilkan. Lebih enak jika ditambah suhun. Hidangan ini juga tidak pedas dan sesuai dinikmati oleh kanak-kanak.

 

SUP SAWI TOFU TELUR

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pokok sawi putih | dibersihkan
  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 tiub tofu telur | dihiris bulat
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan lada putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air dengan secukupnya. Biar sehingga mendidih.
  3. Masukkan sawi dan tofu. Masak sehingga sayur lembut. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.
  4. Akhir sekali, pecahkan telur. Biarkan selama  satu minit dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Elakkan dari mengacau dengan kerap kerana tofu akan hancur. Tofu juga boleh digoreng terlebih dahulu.

 

Ads

ANDA MUNGKIN NAK CUBA:

Rahsia Kerabu Sotong Sedap Macam Restoran Mewah, Jom DIY

Ads

8 Resipi Asam Pedas Menyengat Untuk Hidangan Hujung Minggu.

Kecur Liur…Sotong Bakar Kicap Pedas Ni Memang Terbaik!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI