
Rasa masam dan pedas yang buka selera. Jika anda menggunakan perut lembu segar, pastikan ia dibersihkan dengan betul supaya kurang berbau.
BAHAN-BAHAN:
- ½ kg perut lembu | bersihkan
- Air secukupnya
- Sedikit garam
AIR ASAM:
- 150ml air asam jawa
- 1 biji tomato | potong dadu
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 5 biji cili padi | racik
- 1 sudu makan perahan air limau nipis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk bersama sedikit garam dan rebus perut yang telah dibersihkan tadi sehingga ¾ masak. Angkat, tos dan ketepikan.
- Untuk membuat air asam; Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Boleh tuang di atas perut ketika menghidang atau boleh gaul bersama perut sebelum menghidang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sate Ayam & Daging Sedap Guna Rempah Homemade.

Bila sebut sate, sate ayam dan daging antara yang paling digemari ramai. Malah hidangan ini juga sangat sinonim dengan raya. Bagi anda yang rasa nak makan sate yang sedap dan mudah, resipi yang RASA kongsi ni boleh dicuba. Boleh buat awal dan sangat jimat berbanding yang dibeli. Jom cuba!
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dibersihkan
- 5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
- 15 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
- 7 batang serai
- 2cm kunyit hidup
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 150gm gula
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
- Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
- Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
- Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | dihiris nipis
- 30 ulas bawang merah | dikisar
- 15 ulas bawang putih | dikisar
- 20 tangkai cili kering | dikisar halus
- 5cm kunyit hidup | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
- 3 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak sapi | dicairkan
- 1 batang serai | dititik
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
- Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
- Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
- Sedia dinikmati.
Daging Masak Hitam Ala Kenduri, Perap Daging Dua Jam Baru Sedap Terangkat

Isi Kandungan
ToggleDaging masak hitam ala kenduri ini memang sedap. Lagi lama masak lagi sedap. Sering kali dihidangkan ketika majlis kenduri-kendara seperti kenduri kahwin. Tapi, bulan puasa macam ni, jarang sangat orang buat kenduri Kahwin. Tekak pula tiba-tiba teringin nak makan.
Ha…apa lagi. Masak sendiri lah kat rumah. Boleh ikut resipi yang dikongsikah oleh puan Rusfaniza Abu Majid ini. Makan waktu buka sedap, buat makan waktu sahur pun sesuai. Selamat mencuba ye!
Daging Masak Hitam Ala Kenduri
Bahan-Bahan:
2 kg daging
Kicap manis secukupnya – boleh beli online di sini
20 tangkai cili kering (kisar) – boleh beli online di sini
Kicap pekat secukupnya – boleh beli online di sini
2 labu bawang besar – boleh beli online di sini
10 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
5-6 hiris halia – boleh beli online di sini
2 batang serai
5 biji buah keras
Segenggam kismis hitam (Tak ada guna yang kuning)
1sudu kecil jintan manis – boleh beli online di sini
Rempah 4 sekawan
Sesudu lada hitam
Sedikit gula (pilihan) – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak Daging Masak Hitam:
Perap daging dengan kicap manis dan kicap pekat serta cili kering kisar. Seeloknya perap selama 2-3 jam. Barulah sedap sebab rempah dah sebati dengan daging.
Sementara tunggu daging diperap, kisar dulu bawang besar, bawang putih, halia (dalam bekas biru).
Kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam (bekas pink).
Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan. Kemudian masukkan bahan kisar dalam bekas biru.
Apabila bawang dah garing, masukkan rempah dalam bekas pink pula. Kacau sekata.
Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan daging. Gunakan api perlahan dan jangan letak air kerana nanti daging keluar air.
Masak sampai kering (macam dalam gambar).Kalau ikutkan sudah ada rasa masin dan manis dan tak perlu masuk garam dan gula lagi. Tapi kalau suka manis sedikit, letak jugak 2 sudu besar gula.
Nak sedap, masak hingga 3 jam ye. Memang lama tapi tapi berbaloi Bila air daging keluar nanti, perlahankan api dan tutup kuali. Sebaik daging kering, lembutlah daging tu. Selamat mencuba ye!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Rendang Padang Asli Indonesia, Sedap & Sesuai Masak Untuk Raya
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Singgang Tulang Bukan Sahaja Sedap, Malah Bagus Untuk Kesihatan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Azira Teruja Berkongsi Dapur Dengan Chef Wan Masak Daging Dendeng.

Azira DeFam terdiam seketika bila ditanya masakan kegemarannya bila puasa, dengan nada sedih dia akui sangat rindukan rendang yang dimasak oleh arwah neneknya. Namun kerinduan Azira terubat bila Chef Wan berbesar hati masak Daging Dendeng dan Sira Pisang Palembang dalam program Rasa Nostalga Ramadan. Bagi Azira, rendang neneknya itu yang paling sedap dan tiada tandingan.
“Azira tak boleh lupa, bila setiap kali Ramadan arwah nenek akan masakkan Azira Rendang Tok, Rendang Dendeng Atau Rendang Ayam sebab arwah tahun Azira suka renang. Tapi sekarang takda lagi rendang air tangan nenek. Arwah meninggal tahun lepas.
“Rendang nenek tak sama dengan rendang orang lain masak, malah rendang yang mak masak pun tak sama dengan yang nenek masak. Resipi rendang nenek adalah warisan tiga generasi keluarga kami. Sebab itulah bila nenek dah tak ada, bukan saya seorang rasa kehilangannya tetapi kami sekeluarga,” cerita Azira juga menyukai MasakTempoyak Udang.
Selain, lauk pauk, Azira juga menyukai manisan seperti aneka bubur, antaranya Bubur Gandum dan Bubur Jagung. Namun Azira berbesar hati kerana Chef Wan telah menyediakan Pisang Sira Palembang yang juga disukai olehnya.
Berikut dua menu kegemaran Azira yang disediakan oleh Chef Wan:-
DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | potong sederhana
- 20 biji bawang merah kecil | hiris
- 5 batang serai | hiris
- 1 inci halia | hiris
- Kicap manis secukupnya
- Sos tiram secukupnya
- Air rebusan daging secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 genggam cili kering | rebus dan kisar bersama sedikit belacan dan sedikit minyak masak.
CARA MEMASAK:
- Daging direbus sehingga lembut dan toskan hingga sejuk. Simpan air rebusan.
- Setelah sejuk, tumbuk hirisan daging hingga nipis. Pastikan tidak hancur sangat
- Asingkan daging tadi ke dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap pekat manis, Gaulkan hingga daging nampak kehitaman.
- Perap selama 20 minit.
- Panaskan minyak, goreng daging tadi hingga masak. Tos dan letakkan dalam pinggan berasingan. Ketepikan.
- Tumis bawang merah, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan cili kiasr. Masak hingga pecah minyak.
- Tambahkan garam dan gula secukupnya.Tambahkan juga sos tiram dan kicap manis.
- Apabila cukup garing dan rata, masukkan daging yang telah digoreng tadi, gaul hingga sekata.
- Akhir sekali masukkan air rebusan daging yang telah diasingkan tadi. Masak hingga kuahnya kering.
- Tutup api dan dendeng sedia dihidangkan.
SIRA PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 biji pisang berangan
- 1-2 biji telur
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN AIR GULA:
- 1 cawan gula
- 2 cawan air
- Sedikit parutan kulit oren
- 2-3 kuntum bunga lawang
- 3-4 kuntum bunga cengkih
- 1-2 batang kulit kayu manis
- 1 helai dau pandan
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan air gula di dalam periuk. Gaul rata dan masak hingga gula larut. Tutup api dan ketepikan.
- Sementara itu panaskan minyak dalam kuali berasingan
- Pukul telur dan celupkan pisang di dalamnya.
- Goreng pisang hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Masukkan pisang dalam air gula tadi.
- Sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Chef Wan sebagai hos, beliau bergandingan bersama selebriti jemputannya di episod setiap hari (Isnin -Jumaat), jam 5.00 petang di Astro Prima HD.