Pes Ikan Bakar Sedap Sangat Nih, Ada Pulak Sambal Air Asam Padulah…

Share

Ikan bakar rahsia kesedapannya terletak pada pes yang dibuat tu. Cuba check kat dapur tu ada tak lengkuas, halia serai , bawang merah , udang kering atau belacan, dah cukup mantap buat pes ikan tu. Cili merah , cili padi dan daun limau purut barulah lengkap.

Eh jangan lupa ikan segar kenalah ada. Ikan siakap boleh, pari atau lain-lain jenis ikan okay aje. Kenalah ada sambal air asamnya sekali ya. Jom kita follow resipi yang dikongsikan oleh Habeebah Mohd Daud ni. Tengok rupa pun dah tau sedap

PES IKAN BAKAR

BAHAN-BAHAN :

  • 2 inchi lengkuas
  • 3 inci halia
  • 5 btg serai
  • 8 biji Bawang merah
  • 1biji bawang holland
  • 1sudu udang kering @ belacan
  • 8 biji cili padi. – boleh tambah kalau nak lagi pedas berapi
  • 3 biji cili merah
  • 3 helai limau purut

CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .
4, Tumis smpai pecah myk.siapp.!

**nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dlm aluminium foil. Balut bagi kemas Bakar atas dapur.
**udang n sotong pon sesuai jgk.
**tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.

SAMBAL AIR ASAM

BAHAN-BAHAN :

  • 7-10bj cili padi(ikut citarasa nak pedas bubuh lebih)
  • 2 biji cili besar(merah)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 sudu Pes asam jawa adabi
  • 1sudu belacan
  • Garam gula(secukup rasa)

CARA MEMASAK :
1. Dah siap kisar, campurkan dengan bahan di bawah ni:

  • 1 biji tomato-hiris
  • 3 biji cilipadi -hiris
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 biji limau nipis(perahkan)

Gaul semua bagi sebati. Makan dengan ikan bakar memang kecur air liur…nikmatnya

Kredit Fb : Habeebah Md Daud
FB : Resepi Masakan Isteriku

Published by
Faridah Talib