Sesekali dapat undangan makan kenduri, dihidang dengan lauk lejen seperti Pesamah Daging ni memang tak terkata enaknya.
Pesamah daging ni terkenal di sebelah Utara, kalau ada kenduri kahwin baru ada lauk ini. Pesamah daging dimakan bersama Nasi minyak kuning perghhh memang terangkat sedapnya.
PESAMAH DAGING
Bahan-bahan:
1 kg daging – potong 10 ketul
Bahan tumis:
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
3 cm halia – potong mancis
Kulit kayu manis
Ads
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
2 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari
Bahan kisar:
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Bahan lain:
1½ bungkus rempah KARI daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
3 sudu makan kerisik
Air asam jawa secukup rasa
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
2.Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
3.Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging.
4.Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Ambil masa yang lama dalam sejam lebih, sebab nak reneh daging sampai lembut.
Ads
5.Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
6.Masak lagi dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat.
* Nasi minyak masak macam nasi minyak biasa, cuma letak perwarna kuning sikit.
Daging masak hitam adalah lauk yang sesuai dimakan dengan nasi, bubur nasi ataupun nasi himpit. Daging yang dihiris nipis, kemudian dimasak sebegini memang sedap sekali. Tidak perlu banyak lauk lain, lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk menambat selera.
Jom kita cuba lihat resipinya.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo daging (direbus dan dihiris nipis)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
3 biji buah keras*
1 inci halia*
3 batang serai*
Minyak masak untuk menumis
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
2 tangkai cili hijau (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
CARA MEMBUAT
1. Daging direbus dan dipotong nipis. Simpan air rebusannya.
2. Kisar bahan bertanda (*)
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Apabila sudah agak garing, masukkan daging.
4. Masukkan kicap manis dan air rebusan daging. Kacau.
5. Masukkan air asam jawa dan gula melaka. Kacau lagi.
6. Masukkan garam. Taburkan cili hijau dan cili merah. Masukkn bawang besar yag dihiris bulat. Kacau lagi. Kemudian, biarkan seketika. Matikan api.
7. Hidang dan taburkan bawang goreng.
TIP: Buah keras wajib ada kerana itulah bahan yang menjadikan rasa daging ini lemak-lemak dan sedap.
Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.
RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.
DAGING GORENG KENTANG
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Tercari-cari resipi lauk pauk yang mudah dan ringkas untuk disajikan buat keluarga di bulan Ramadan nanti? Maklumlah, nak pancing selera makan, kadang-kala agak sukar terutamanya di waktu sahur. Yang tukang masak pun sama. Ada masanya jadi buntu memikirkan menu yang nak dimasak untuk suami dan anak-anak. Jika kesuntukan masa, lagilah penat dibuatnya. Khas untuk anda RASA kongsikan seleksi resipi lauk sedap dan mudah yang sesuai dimasak ketika sahur dan juga berbuka puasa. Moga sedikit sebanyak boleh membantu anda.
KOLEKSI RESIPI LAUK PAUK UNTUK SAHUR & BERBUKA
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 batang serai | titik
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, tutup api.
Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. DAGING GORENG MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
3. IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
CAR MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
Gaul rata dan tutup api.
Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Disarankan rebus ikan siap-siap sebelum sedia dimasak sambal.
4. UDANG GORENG SOS TIRAM BERSAMA SADERI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit dan kepala dan belah belakang
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit hirisan cili benggala hijau
Sedikit hirisan batang selerri
4 biji cili padi | titik
1/2 biji bawang Holland | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan udang, kacau rata.
Masukkan pula hirisan cili benggala dan hirisan batang seleri.
Perasakan dengan sos tiram secukup rasa.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
Udang sedia dihidangkan panas-panas.
5. PAPRIK SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
1batang serai | titik
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
6 biji cili padi | titik
Sedikit hirisan batang seleri
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri.
Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika anda ingin tambah isian lain, boleh tambah lobak merah dan cili Benggala.
6. SUP CAMPUR BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN:
20 biji bebola ikan
4 biji tauhu tauhu bulat yang telah digoreng
1 pokok sawi putih
1 keping tauhu kering | rendam dalam air
Sedikit suhun | rendam dalam air
Sedikit hirisan lobak merah
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya.
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk didihkan di atas dapur.
Setelah mereneh masukkam bebola ikan, tauhu kering dan suhun yang telah direndam tadi.
Setelah bebola ikan timbul, tambah hirisan sawi, lobak merah.
Apabila layu masukkan tauhu dan perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan masak tutup api.
Sup sayur sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira