Petua Adun Tepung Untuk Masak Cendawan Goreng Yang Sedap

Share

Ramai yang suka menikmati sajian Cendawan Tiram Celup Tepung. Penyediaan yang ringkas, mudah dimasak dan rasanya juga sangat sedap. Tidak hairanlah kanak-kanak juga suka makan Cendawan Celup Tepung ni. Ada yang terasa nak makan Cendawan Celup Tepung yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-cara serta resipi bancuhan tepungnya. Jom cuba!

 

RESIPI CENDAWAN CELUP TEPUNG YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 paket cendawan
2 sudu makan air kapur makan beli online disini
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KERING:
1 cawan tepung bestari pedas beli online disini
2 sudu makan (penuh membukit) tepung jagung beli online disini
3 sudu makan (penuh membukit) tepung beras beli online disini
Sedikit serbuk kunyit @ pewarna kuning beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata. Jika tidak suka pedas, boleh guna tepung perasa original.


2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.


3. Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata.


4. Panaskan minyak masak dan masukkan cendawan satu persatu. Goreng hingga garing.


5. Bila sudah garing, angat cendawan, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Biasanya cendawan tiram ditanam secara organik. Jadi basuh jangan sampai air serap. Cukup sekadar lalukan air. Tidak perlu tunggu cendawan kering. Boleh terus celup dalam adunan tepung.

 

TIP UNTUK HASILKAN CENDAWAN YANG SANGAT RANGUP

  • Masukkan separuh cendawan ke dalam bekas adunan dan ratakan.
  • Goreng dalam minyak yang banyak dan guna api besar.
  • Goreng cendawan dan hanya balikkan bila sudah hampir masak.
  • Bila cendawan hampir garing, baru leraikan cendawan yang melekat.
  • Bila bunyi berdesir berkurangan, ia menandakan cendawan telah masak elok.
  • Cendawan goreng perlu betul-betul masak barulah jadi rangup dan tidak serap minyak.

 

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/health-food/fgwalet-premium-bird-nest-and-rock-sugar-with-extra-collagen-buy-1-free-2-20163840?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” background=”#e9ef2d” color=”#0d0707″ size=”5″ icon_color=”#0f0707″]FGWalet Premium Bird Nest and Rock Sugar with Extra Collagen Buy 1 Free 2[/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur