Ikan jenahak antara yang sedap dibuat asam pedas, tapi kalau nak tambah sedap boleh gunakan petua Nurhayati Maleq.
Resipi asam pedas ikan jenahak yang dikongsi oleh beliau menggunakan buah keras supaya ada rasa lemak dalam hidangan ini. Petua ini katanya diperoleh daripada seorang chef dan hasilnya memang sedap.
1 ekor ikan jenahak
1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2
4-5 helai daun limau purut (buang urat)
2 biji tomato dibelah 4
1 sudu besar pes asam jawa
1 genggam asam gelugor
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis
Garam secukupnya
Mushroom seasoning
3 senduk cili kisar
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
½ inci lengkuas
1½ kunyit hidup
1 inci halia
2 inci belacan bakar
5 biji buah keras
1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Setelah naik bau dan pecah minyak bolehlah masukkan air, asam jawa dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila sudah mendidih masukkan ikan jenahak, bunga kantan dan daun limau purut.
4. Biarkan ikan mendidih sekali lagi atau biar sehingga ikan masak. Kemudian masukkan kiub ikan bilis, tomato dan perisakan dengan garam dan mushroom seasoning.
5. Gaul rata dan siap untuk dihidang!
TIP: Nama pun asam pedas jadi lauk mestilah rasa masam dan pedas. Jangan takut-takut untuk letak asam jawa atau asam gelugor banyak.
INFO: Buah keras adalah sejenis kacang yang boleh menghasilkan minyak sendiri dan banyak digunakan dalam masakan berkuah sebagai pemekat.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurhayati Maleq