Ramai yang beli stok ayam mentah dalam jumlah yang banyak kemudian disimpan dalam peti sejuk. Ada masa sampai dua minggu dalam freezer barulah dikeluarkan untuk dimasak.

Selalunya ayam pun dah tak segar. Supaya lauk yang hendak dimasak ini kembali segar dan kemerahan ada petua mudah yang boleh kita praktikkan.  Caranya dikongsi oleh Rohaida Ieda.

Petua isi ayam kembali segar kemerahan

Petua Ayam Yang Disimpan Dalam Freezer Kembali Segar & Kemerahan

 

IKLAN

1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.

2) Biarkan selama 5 minit.

IKLAN

3) Cuci ayam seperti biasa.

4) Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar

IKLAN

Tip ekstra

  • Boleh juga letak renjis sedikit cuka bersama garam untuk menghilangkan bau hanyir dan juga lemak pada ayam.
  • Selain juga, penggunaan tepung gandum yang dilumur pada ayam juga boleh menghilang bau hanyir.

Semoga bermanfaat

Sumber: Rohaida Ieda.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI