Ada masalah untuk mencuci microwave atau ketuhar gelombang anda? Jangan bimbang, petua ini membantu anda dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.
Isikan air dalam mangkuk (separuh mangkuk sahaja) kemudian perahkan jus lemon ke dalamnya atau dua biji limau nipis.
Seterusnya masukkan mangkuk tersebut di dalam microwave. Hidupkan suis selama tiga hingga lima minit, kemudian tutup semula suis dan biarkan mangkuk dalam microwave selama satu kedua minit, baru buka penutup microwave.
Keluarkan mangkuk, lalu bersihkan microwave dengan mengelap segala kotaran yang melekat dengan mudah. Termasuk cermin penutup microwave.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adab Basuh Beras Cara Islam Yang Patut Diamalkan. Nasi Sedap Keluarga Terpelihara.
Oleh: Zera Naim
Tarikh: 25 Julai 2017
Nasi adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga kita. Seeloknya sebelum mula memasak kita dalam keadaan suci dan berwudhuk.
- Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan.
- Basuh beras dengan menghala arah lawan jam. (arah tawaf)
- Sambil membasuh bacalah “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” maksudnya “Tidak ada penyembuhan selain dari Allah”
- Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau di yakin bersih.
- Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Tip Pilih Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, Sedap Bila Digoreng. Kena Tengok Belang
Ikan bilis ini wajib lauk wajib ada di dapur kita. Waktu membelinya kita memang kena pandai memilih supaya dapat ikan bilis yang elok dan tak keras bila dimasak.
Bagi memastikan ikan bilis yang kita beli itu berkualiti tinggi, kita bukan sekadar lihat pada harganya saja, kena perhati keadaan ikan bilis itu sendiri. Nak tahu caranya, ikut tip yang dikongsi oleh Dr Ikan Bilis Anda
Tip memilih ikan bilis yang berkualiti tinggi
Nampak macam sama tapi bila beli dan bawa balik goreng dekat rumah ikan bilis jadi keraslah , tak sedaplah. Hmmm… macam mana ya nak bezakan yang bagus dengan tak?
Mari sini kami ajar cara mudah dan cepat untuk mengenal yang mana satu ikan bilis yang berkualiti tinggi!
1.LOKASI TANGKAPAN IKAN
Berdasarkan pengalaman kami, cuma 3 tempat sahaja iaitu Pulau Pangkor, Pulau Langkawi & Sabah
2. BELANG PADA BADAN IKAN BILIS
Ikan bilis yg berkualiti tinggi mempunyai belang yang berwarna putih manakala yang keras biasanya belangnya berwarna hitam.
3. BAU
Kebiasaannya ikan bilis kualiti tinggi mempunyai bau yang wangi dan sedap dihidu. Nanti bolelah cuba hidu ya.
4.KETAHANAN
Tahan lebih lama berbanding yang rendah kualitinya.
5.LEMBUT
Bole cuba guna 2 jari dan picit, yang lembut biasanya mudah hancur dengan cepat.
6.WARNA
Putih dan berkilat (lagi putih dan berkilat lagi mahal harganya)
INFO IKAN BILIS MATA BIRU
Untuk yang tak tahu jenis ikan bilis mata biru ini adalah yang paling tinggi rangking dan harga yang paling mahal skali. Kalau betul perhati ikan bilis ni, mesti nampak matanya yang kebiruan. Bentuknya mesti nipis dan leper dan memang putih.
Kelebihan ikan bilis jenis ia lembut dan garing. Bila masak atau goreng memang sedap.
Lagi satu kelebihannya adalah ikan bilis ini jenis yang rendah kolesterol berbanding jenis yang lain.
Gambar di atas adalah ikan bilis mata biru yang dah siap dikopek. Mudah dan cepat untuk di masak. Tinggal campak saja dalam kuali.
Sumber: Dr Ikan Bilis Anda
9 Cara Untuk Hasilkan Ikan Bilis Goreng Yang Rangup Serta Tahan Lama
Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya.
Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1.Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2.Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3.Keringkan Sepenuhnya
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4.Guna Cuka
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
5.Guna Minyak Panas
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
6.Goreng Guna Api Sederhana
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7.Tos Minyak Sepenuhnya
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8.Simpan Dalam Balang Kedap Udara
9.Goreng Secara Berperingkat
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.