Tentu ramai yang meminati bubur kacang. Manisan lemak manis ini memang enak dinikmati tidak kira dimasak sejuk mahupun panas. Tapi bagaimana hendak memastikan rasanya menjadi lebih sedap? Ini ada petuanya.
Sebelum merebus kacang, elok digoreng kacang tersebut tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya.
Selamat mencuba!