Makan

Petua Buat Daging Rebus Air Asam Yang Sangat Sedap Sampai Jilat Pinggan

Share

Menu kampung seperti Daging Rebus Air Asam ni sememangnya menjadi pilihan ramai. Lauknya ringkas sahaja tetapi membuka selera. Ada pula gandingan dengan aneka ulam-ulaman, lagilah laju tangan menyuap nasi ke mulut. Bagi anda yang menggemari hidangan air asam, resipi perkongsian saudari Farhana Ismail ini boleh dicuba. Sempoi sangat bahan-bahannya tapi rasa pasti sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI DAGING REBUS AIR ASAM MENJILAT PINGGAN.

BAHAN-BAHAN:
Daging secukupnya
BAHAN KISAR:
Sedikit cili merah
1 biji tomato
6 tangkai cili padi – ikut kepedasan yang disukai
Air asam jawa secukupnya – beli online disini
Sedikit belacan – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN POTONG:
Tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan daging dan rebus hingga empuk. Sejukkan seketika dan hiris. Ketepikan. Untuk daging ni, sebaiknya guna daging yang mudah lembut bagi memendekkan masa.
2. Satukan bahan kisar. Kemudian kisar kasar sahaja. Jangan kisar sampai hancur kerana rasa akan jadi lain. Cukup sekadar kasar-kasar sahaja.
3. Lepas siap dikisar, tuang ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
4. Bersihkan dan potong tomato, cili padi, cili merah dan bawang besar.
5. Masukkan ke dalam mangkuk berisi bahan kisar tadi. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan hirisan daging. Gaul lagi hingga sebati.
7. Rasa Daging Air Asam dan tambah perasa jika ada yang kurang.
8. Daging Air Asam yang sedap dan mudah sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Farhana Ismail

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur