Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Selain goreng, ia boleh dimasak sambal, acar, gulai, kari dan sebagainya. Namun agak sukar untuk mendapatkan produk yang dihasilkan oleh orang Muslim. Jadi untuk mengelakkan rasa was-was, puan-puan boleh cuba buat sendiri ikan masinhomemade menggunakan resipi perkongsian saudari Mim Nazihah. Mudah sangat rupanya. Malah ikan masin yang dihasilkan juga boleh tahan lama dan tidak hapak. Berbaloi kan? Jadi jom cuba.
CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan segar
Garam kasar
CARA MEMBUAT: 1. Siang ikan dan belah dari belakang seperti dalam gambar.
2. Buang perut dan juga insang ikan. Bersihkan dengan air bersih.
3. Atur ikan dalam bekas dan taburkan garam kasar. Lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam. Jadikan susunan ikan berlapis-lapis.
Ads
4. Tutup dalam bekas kedap udara dan peram semalaman. Letak bekas di ruang biasa sahaja dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
5. Setelah semalaman, ambil ikan yang diperap tadi dan basuh bersih.
6. Susun ikan tadi diatas dulang atau para. Jemur ikan di bawah matahari terik hingga ke petang.
7. Jika ikan masih lembab, ulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul kering boleh disimpan lama dan tidak hapak.
Ads
8. Ikan masin homemade yang sedia untuk digoreng atau dimasak ikut selera masing-masing.
Dah lama tak masak lauk kenduri. Rindu pula nak rasa. Tak semesti nak tunggu hari istimewa baru nak memasak lauk special. Bolehlah jamu keluarga dengan Ayam Masak Briyani hasil air tangan anda. Bahan-bahan ramuan yang pelbagai menjadikan aroma bau ayam ni sungguh menyelerakan.
AYAM MASAK BRIYANI
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong dan cuci bersih
Bahan kisar:
7-8 biji bawang merah
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
4 inci halia
Kisar asing: 15 tangkai cili kering yg telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)
Bahan rempah :
2 batang serai diketuk
1 helai daun pandan simpulkan
2 helai daun bay
2 sudu besar penuh rempah briyani
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbu kari ikan
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar sos cili saji
4 biji buah tomato dipotong dadu
½ tin susu krimer sejat Saji
Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa
Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak sesekali kacau untuk elak dari hangus.
2.Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.
3.Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai.
4.Perisakan dengan garam dan gula, reneh hingga ayam masak.
Bagi penggemar sajian berempah, resipi Ayam Goreng Kariini tentunya yang anda wajib cuba dan tidak boleh lepaskan. Sangat enak dan membuka selera. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan tekak rasa terliur. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noreen Elainie ni. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM GORENG KARI (SUKATAN 5 ORANG MAKAN)
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya – dipotong dadu 1-2 biji bawang merah – potong dadu / cincang 2 sudu makan sos tiram – beli online disini Hirisan cili hijau secukupnya
BAHAN PERAPAN:
5 sudu makan serbuk cili – beli online disini 3 sudu makan serbuk kari – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung – beli online disini Cili hijau secukupnya Bawang putih secukupnya Halia secukupnya Serbuk perasa secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan hingga rata. Biarkan selama ½ jam.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan cincangan bawang merah. Tumis hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul-gaul biar goreng dengan sekata.
4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi hingga semua bahan sempurna dan cukup rasanya.
5. Ayam Goreng Kari siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Ayam perlu dipotong kecil bertujuan supaya ia mudah masak bila digoreng bersama minyak nanti. Lebih enak jika dicampur bahagian isi bersama bahagian tulang. Kombinasi ini sangat sesuai dengan rasa rempah kari yang sedap.
Pernah cuba masakan perut muda lembu yang dimasak dengan pelbagai menu? Anda yang pernah menikmati pasti setuju dengan keenakanya. Kepada yang tidak pernah rasa, berikut Rasa bawakan dua menu perut mudah yang comfirm sedap menyelerakan. Wajib cuba ye….
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air
5 biji cili padi | dipotong kecil
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!