Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Selain goreng, ia boleh dimasak sambal, acar, gulai, kari dan sebagainya. Namun agak sukar untuk mendapatkan produk yang dihasilkan oleh orang Muslim. Jadi untuk mengelakkan rasa was-was, puan-puan boleh cuba buat sendiri ikan masinhomemade menggunakan resipi perkongsian saudari Mim Nazihah. Mudah sangat rupanya. Malah ikan masin yang dihasilkan juga boleh tahan lama dan tidak hapak. Berbaloi kan? Jadi jom cuba.
CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan segar
Garam kasar
CARA MEMBUAT: 1. Siang ikan dan belah dari belakang seperti dalam gambar.
Ads
2. Buang perut dan juga insang ikan. Bersihkan dengan air bersih.
3. Atur ikan dalam bekas dan taburkan garam kasar. Lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam. Jadikan susunan ikan berlapis-lapis.
4. Tutup dalam bekas kedap udara dan peram semalaman. Letak bekas di ruang biasa sahaja dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
5. Setelah semalaman, ambil ikan yang diperap tadi dan basuh bersih.
6. Susun ikan tadi diatas dulang atau para. Jemur ikan di bawah matahari terik hingga ke petang.
7. Jika ikan masih lembab, ulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul kering boleh disimpan lama dan tidak hapak.
8. Ikan masin homemade yang sedia untuk digoreng atau dimasak ikut selera masing-masing.
Hujung minggu ini mungkin ada yang bercadang untuk membuat kenduri atau majlis dengan tetamu hingga 500 orang.
Jika teringin memasak sendiri kuah laksa untuk tetamu ini boleh gunakan sukatan yang dikongsi oleh Akhmal Mustafa. Ujar beliau lagi boleh juga jika mahu menggunakan resipi ini untuk berniaga pun, dihalalkan.
Sukatan kuah laksa utara untuk 500 orang
Bahan-bahan
7 kg ikan kembung *
7kg ikan sardin*
Belacan cap Tanjung Dawai/Alor Ibus bulat (separuh sahaja)*
20 labu bawang besar*
15 kuntum bunga kantan
6 ikat daun kesum (3 ikat dikisar lumat)
Cili kering kisar (terpulang tahap kepedasan yang dikehendaki)*
Garam
Piub Pati ayam
4 peket Asam keping
4 tin sardin (kisar sekala dengan sos)*
Cara membuat
1. Kisar lumat bahan bertanda * kecuali ikan.
2. Masukkan cili kisar ke dalam periuk, rebus dahulu sehingga mendidih untuk hilangkan rasa maung cili.
3. Kemudian, kisar ikan yang siap direbus sekali dengan tulang. Proses ini perlu sabar kerana perlu ditapis berulang kali untuk dapatkan tekstur kuah yang pekat likat.
4. Apabila siap ditapis elok, kisar sedikit daun kesum sehingga lumat. Satukan dalam periuk.
5. Didihkan kuah dgn api sederhana, kisar sardin bersama sosnya dan masukkan dalam kuah. Waktu ini kuah laksa akan menjadi lebih pekat. Boleh tambah air mengikut thap kepekatan yang dikehendaki.
6. Perasakan dengan garam dan kiub pati ayam.
7. Apabila kuah mula mendidih, masukkan asam keping bersama taburan bunga kantan dan daun kesum. Masak kuah laksa sekali lagi sehingga terbit minyak di permukaannya. Waktu memasak kuah laksa ini antara 30-40m init mengikut kuantiti.
Selalunya kita makan onde-onde tepung pulut atau dikenali juga sebagai Buah Melaka. Terbayang rasa rasa kenyal tepung pulut, manis gula Melaka dan lemak kelapa parut. Hemmmm sedapnya. Tapi kalau nak tau, keledek pun boleh buat Buah Melaka. Cara masa sama je, Cuma tepung pulut tukar dengan keledek. Lebih senang lagi, ikut je resipi yang RASA kongsikan ini.
ONDEH-ONDEH KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit dan kukus
1 cawan tepung | jika kurang tambah lagi
1 cawan kelapa parut | gaulkan bersama sedikit garam
Gula Melaka | potong dadu kecil
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Lenyekkan keledek yang dikukus hingga hancur, kemudian tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh, kemudian masukkan gula Melaka di tengahnya dan bulatkan semula.
Didihkan air dalam periuk, apabila telah mendidih masukkan doh yang sudah berisi inti tadi.
Setelah timbul angkat dan gaulkan dengan kepala parut.
Setelah disaluti dengan kelapa, onde-onde sedia dihidangkan atau dibawa sebagai bekal.
Mi goreng ketagih, makan mi pun boleh ketagih. Mana taknya sekali makan punyalah sedap sampai nak berulang kali makan. Bila lama tak makan terbayang-bayang, nak masak lagi.
Ni resipi perkongsian dari Cikgu Afy AL Habibi, Mi Goreng Ketagih, tengok dalam gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba masak esok.
MI GORENG KETAGIH
BAHAN-BAHAN :
1/2 paket mi kuning
4 ekor Udang
Isi ayam
1 ekor sotong
1 biji telur
Sawi
Taugeh
Hirisan cili
Bahan ditumbuk :
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 bii cili merah
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap lemak manis
5 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap sotong
4 sudu besar sos cili
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1/2 cawan air | jika kering tambahkan sedikit lagi
CARA MEMASAK 1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi. 2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Selepas dua minit, tuangkan kicap pekat,kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili. 4. Masukkan pula seekor sotong. Tambahkan 1/2 cawan kecil air. 5. Seterusnya tos bersih mi kuning dan masukkan ke dalam kuali. 6. Perasakan dengan satu sudu besar gula ( kurangkan jika perlu) dan secubit garam. 7. Setelah mi melembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan sebiji telur. Gaul sebati. (Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur) 8. Terus masukkan sawi, taugeh dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api. 9. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal cili dan keropok ikan. Perah asam limau sebelum dimakan.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...