Makan

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap, Ikut Cara Ni Paling Simple

Share

Sedapnya Kuih Talam Berlauk perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Sangat mudah dan tidak sukar disediakan. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas dan mudah didapati di kedai serta pasaraya berhampiran. Inti pun guna daging burger sahaja. Berbaloi sangatlah cuba ni. Jom semak bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara memasaknya.

CARA MEMASAK KUIH TALAM BERLAUK SEDAP GUNA DAGING BURGER

BAHAN-BAHAN (LOYANG BULAT 7 INCI)
2 cawan tepung gandum beli online disini
6 sudu makan tepung jagung beli online disini
6 cawan santan pekat beli online disini
1 biji telur
Secubit garam
(campur semua dan kisar halus

)

BAHAN INTI
2 keping daging burger – cincang
1 biji bawang besar – cincang beli online disini
2 ulas bawang putih – cincang beli online disini
1 sudu makan serbuk kari beli online disini

Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN:
Lada besar merah/hijau – hiris
Daun sup – hiris
Bawang goreng secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu dan naik bau.

2. Masukkan daging burger yang sudah dipotong-potong. Biarkan jus airnya keluar.

3. Letak serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Masak hingga daging kering airnya.

4. Angkat tumisan daging burger dan masukkan ke dalam tapis untuk tos lebihan minyak. Biarkan sejuk.

5. Ambil loyang dan oleskan dengan minyak masak. Alas plastik. Oles plastik dengan minyak. Sambil tu panaskan pengukus.

6. Tuang adunan tepung yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk. Masak gun api kecil selama 10-15 minit. Pastikan adunan sentiasa dikacau kerana ia mudah bergentel.

7. Bila adunan sudah pekat macam ni dan naik wap, padamkan api.

8. Terus pindahkan adunan ke dalam loyang tadi dan kukus selama 15 minit.

9. Selepas 15 minit, keluarkan loyang dari kukusan. Gores permukaan kuih dengan garpu.

10. Tabur inti daging tadi. Mampat dan ratakan. Kemudian sambung kukus lagi selama 15 minit.

11. Selepas 15 minit, cucuk kuih dengan lidi. Kalau lidi bersih, ia menandakan adunan sudah masak.

12. Tabur daun sup, bawang goreng dan hirisan cili. Kukus kembali dalam 2 minit. Tutup api dan biarkan kuih sejuk.

13. Bila kuih sejuk, keluarkan dari loyang perlahan-lahan.

14. Potong kuih menggunakan pisau plastik dan hidangkan.

INFO: Selain inti daging burger, boleh juga masak inti menggunakan daging kisar, ayam, udang atau sardin.

Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur