Masak lemak putih sayur antara hidangan ringkas yang jadi kegemaran. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan dah cukup lengkap.

Jika nak hasilkan masak lemak putih yang lebih sedap, betul betul terasa lemaknya boleh ikut petua yang dikongsi oleh Adiah Adam.

Petua masak lemak putih yang sedap

Petua Buat Masak Lemak Putih Sayur Yang Sedap.  Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar

Ads
Bahan ditumbuk:

Bawang merah
Bawang putih
Ikan rebus
Kelapa parut
Lada hitam

Petua Buat Masak Lemak Putih Sayur Yang Sedap.  Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar

Nota: Lima bahan ini wajib ditumbuk guna lesung batu bukan kisar guna blender. Aroma masak lemak yang ada bahan ini memang lain, bau pun dah sedap.

  1. Selepas siap tumbuk, panaskan santan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.

Petua Buat Masak Lemak Putih Sayur Yang Sedap.  Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar

Ads

2. Kemudian boleh masukkan sayur ikut cita rasa, boleh guna bayam, kubis, labu, tauge dan sebagainya.

3. Biar hingga sayur masak. Perasakan dengan garam, masukkan serbuk perasa jika suka.  Sedia dinikmati.

Ads

Sumber: Adiah Adam

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI