Pes tomyam adalah salah satu bahan masak yang wajib ada di dalam peti sejuk orang Malaysia. Selain digunakan untuk masak tomyam sedap, macam-macam menu boleh digunakan menggunakan pes ni. Nak masak nasi goreng boleh, makaroni atau bihun goreng tomyam pun boleh dan bermacam-macam lain menu yang sesuai. Namun, ada petua untuk menjadikan pes tomyam homemade ni jadi sedap dan tahan lama macam pes yang dihasilkan di kilang. Nak tahu rahsianya? Saudari Shamliah Ibrahim ada kongsikan infonya. Selamat mencuba!

 

CARA-CARA BUAT PES TOMYAM SEDAP SECARA HOMEMADE

Petua Buat Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Tahan Lama Tanpa Guna Pengawet.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 senduk cili kering kisar
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 keping gula kabung – beli online DISINI
  • 4 sudu makan sos ikan – beli online DISINI
  • 3 sudu makan asam jawa – beli online DISINI
  • 1/2 cawan kecil air

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar – beli online DISINI
  • 12 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 5 inci lengkuas – beli online DISINI
  • 3 inci belacan – beli online DISINI
  • 12 batang serai – beli online DISINI
  • 15 helai daun limau purut – buang uratnya – beli online DISINI

Petua Buat Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Tahan Lama Tanpa Guna Pengawet.

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan-bahan kisar dan kisar halus. Ketepikan.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis cili kisar terlebih dahulu.

Petua Buat Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Tahan Lama Tanpa Guna Pengawet.

IKLAN

3. Masukkan bahan kisar tadi. Tambahkan juga gula kabung, sos ikan, asam jawa dan air.

4. Gaul semua bahan hingga sebati dan masak menggunakan api perlahan selama 45 minit hingga 1 jam sehingga pes pecah minyak.

5. Bila sudah siap, sejukkan pes tomyam dan masukkan ke dalam botol. ( tidak perlu letak daun limau. Dalam gambar ini hanya diletak untuk fotografi sahaja)

Petua Buat Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Tahan Lama Tanpa Guna Pengawet.

6. Simpan pes tomyam di dalam peti sejuk dan bolehlah digunakan dalam masakan harian anda.

7. Nak masak tomyam guna pes ini mudah sahaja. Hanya perlu tambahkan isi ayam, makanan laut dan sayuran. Jangan lupa masukkan serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis dan daun limau purut untuk rasa lebih enak dan beraroma.

 

IKLAN

INFO:

  1. Sukatan diatas akan dapat 3 botol kecil pes tomyam. Jika nak buat dalam jumlah sikit, kurangkan jumlah bahan yang digunakan.
  2. Pes akan rasa lebih sedap jika guna udang kering. Jika suka, boleh tambah 2 sudu makan udang kering dalam bahan kisaran.
  3. Urat tengah daun limau purut perlu dibuang bagi mengelakkan pes rasa pahit.
  4. Selain jus asam jawa, boleh juga menggunakan jus limau nipis.

 

Kredit resipi & foto: Shamliah Ibrahim

 

Nak beli FOOD PROCESSOR yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak

Cara Masak Ayam Bakar Ala Kenny Roger & Nasi Planta

Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Cara Masak Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan. Resipi Chicken Chop Homemade Ni Memang Terbaik!

 

Boleh juga try masak menu TOMYAM TANPA PES ni.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI