Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
RESIPI PISANG GORENG GAYA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng.
2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan).
3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Tengah cari KUALI GORENG baru? Dapatkan secara online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official