Sambal belacan yang sedap memang boleh buat hidangan yang ringkas jadi makin sedap. Cuma nak hasilkan sambal belacan yang sedap, ada juga yang masih tak mahir membuatnya.
Untuk hasilkan sambal belacan yang sedap kena ikut sukatan bahan yang betul. Barulah cukup pedas, manis dan masamnya. Selain itu jika buat dalam kuantiti banyak ada tip dan petua perlu dilakukan supaya sambal tahan lama, wangi dan tak buat kita sakit perut walau pun pedas.
Cara buat stok sambal belacan, sukatan bahan dan semua tip untuk hasilkan sambal belacan yang pedas, sedap, tahan lama dan wangi ini dikongsi oleh Nurulain Insyirah.
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti ais Ikut petua ini dulu;
Petua 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
Petua 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam supaya sambal belacan tahan lama.
Petua 3
Limau kasturi kisar bersama kulit (buang biji) agar sambal lebih wangi dan sedap. Info: kulit limau kasturi tidak rasa pahit.
Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tak sakit perut makan sambal.
6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
Selamat mencuba
Sumber: Nurulain Insyirah