
Suka minum teh tarik? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurdeanna Affendi ni. Mudah, sedap, kaw dan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak. Memang terbaik!
TEH TARIK SUPER KAW
BAHAN-BAHAN:
- 3 liter air
- 5 sudu makan serbuk teh
- 5 uncang teh cap 888 serbuk wangi
- 3 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh garam halus
( bahan-bahan diatas boleh agak-agak. Jangan takut letak lebih bahan sampai dapat rasa ‘kaw’ yang diingini.)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sampai menggelegak. Masukkan semua teh, kacau dan biarkan 5 minit.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau lagi dan biarkan masak dalam 5 minit.
3. Rasa air. Tambah bahan yang diperlukan sampai dapat rasa yang diingini.

4. Angkat dan boleh ‘tarik’ sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurdeanna Affendi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cendol Buatan Sendiri Lagi Puas Makan,Gerenti Bertambah Nanti

Bulan puasa ni kalau tak pekena cendol macam tak lengkap rasanya. Boleh ikut resipi ini jika mahu membuatnya sendiri. Puas hati kan bila buat cendol sendiri. Tambah di musim panas ni, nak cari yang sejuk-sejuk je. Boleh makan satu family.
Kat sini anda boleh bereksperimen dengan 3 jenis cendol. Pemilik resipi menyukai resepi cendol no 1. Sebab teksturnya sedikit kenyal.Air abu boleh dapatkan di kedai menjual bahan bakeri.
CENDOL
Resepi cendol 1:
100g tepung jagung
500g air pandan
1 sudu makan air abu

Resepi cendol 2:
50g tepung jagung
50g tepung beras
450g air pandan
1 sudu makan air kapur

Resepi cendol 3:
100g tepung beras
1 sudu makan air abu
450g air pandan

Cara membuat:
1.Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
2.Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
3.Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
4.Bila cendol dah masak. tekan ke dalam acuan cendol. Boleh guna acuan maruku. Boleh guna penapis lubang besar. Atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan. Picit sewaktu panas ke dalam bekas berisi ais. alas tangan dengan kain.
RESEPI CENDOL (PENYEDIAAN)
CENDOL
200g santan kotak – dimasak bersama
2 cawan air dan sedikit garam.
(masak santan sehingga panas. Hati-hati jangan sampai pecah santan)
1 buku gula melaka + 1 cawan gula merah (dimasak dengan 2 cawan air sehingga larut) dan tapis.
Cara membuat:
1.Tapis dan masukkan cendol ke dalam mangkuk.
2.letak ais.
3.Masukkan santan.
4.Akhir sekali masukkan gula Melaka.
5.Sedia dinikmati.

Kredit:Nina Mahdar
Resipi Homemade Air Soya Lemak Manis.

Air soya homemade ni memang enak diminum panas mahupun sejuk. Hmmm…nikmat tak terkata! Memang wajib cuba.
Perkongsian resepi oleh Rosmarlina @ jintanmanis.com
BAHAN-BAHAN:
- 200gram kacang soya
- 2 liter air
- 1 cawan gula
- 3 helai daun pandan yang disimpul
- 1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila keesokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
- Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
Sebelum di masak, seeloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.- Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
- Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

Kredit resipi & gambar: Rosmarlina @ jintanmanis.com ( https://jintanmanis.com/2016/06/13/homemade-air-soya-lemak-manis)
Cara Buat ‘smoothie’ 5 Bahan, Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi Di Musim Raya Ni…

Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan. Lagi pulak di musim raya, pasti banyak mengemas rumah kan.
Kredit foto: greenbelttp.comTapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS

Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN

Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)

Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU

Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan kecil nenas dipotong dadu
- 1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
- 2 cawan air
- 1 gelas jus oren
- 1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh madu semulajadi (mentah)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat.
2. Biarkan oat sejuk
3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ATAU JUGA RESIPI INI:
7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Jadikan Diri Segar dan Bersemangat

Sebelum di masak, seeloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.