
Bila tetamu tiba-tiba singgah, air dalam termos pula habis. Memang kalut! Takkan nak hidang kuih dengan air sejuk kot. Ha..ini petua cepatkan air dalam cerek mendidih yang anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
- Cerek
- Air
- Gula
CARA-CARA:
- Masukkan air ke dalam cerek dengan secukupnya. Panaskan.
- Kemudian tambahkan gula mengikut kadar air tadi. ( kuantiti gula yang biasa anda guna untuk bancuh air)
- Masak air seperti biasa. Hasilnya air akan cepat mendidih. Disamping itu kerja anda juga lebih mudah kerana dah tak perlu tambah gula dalam minuman.
- Selamat mencuba!
Kredit petua: Ensiklopedia Petua-Petua Lama
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Epal Hijau Kurangkan Risiko Penyakit Jantung & Barah. Kulit Pun Boleh Cantik.

Betullah kata ungkapan Inggeris “An apple a day, keeps Doctor Away”. Ada banyak manfaat kesihatan yang terkandung dalam sebiji epal hijau ini.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Tapi eloknya makanlah bersama kulitnya kerana terdapat sebahagian dari kandungan Vitamin C di bawah kulitnya.
Tapi eloknya dikikis dulu ‘wax’ atau lilin yang biasa menyaluti epal.

Di antara khasiat kesihatan epal hijau adalah ia membantu mencegah:
1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,anda boleh kisarkan epal hijau dengan saderi dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Tapi yang lebih mengujakan lagi, ia boleh mengyegarkan kulit wajah.
Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Ini 5 Cara Buat Brownies Yang Lembut & Sedap.

Korang suka brownies? Kalau suka mesti terbayang rasa coklat yang lazat, tekstur yang lembut pasti ramai yang menyukainya brownies. Dah tentu korang juga teruja nak buat brownies sendiri kerana ia antara kek yang mudah dibuat dan resipi banyak dalam media sosial. Tapi, kalau nak pasti pasatikan brownies korang terbaik, ini ada lima tip brownies yang korang buat menjadi, sedap dan lembut.
Pilih Resipi Yang Betul
Ada dua jenis brownies pertema brownies dengan tekstur padat (fudgy) dan lembut (cakey). Brownies tekstur padat tidak menggunakan baking powder dan sukatan coklat dan mentega adalah lebih banyak berbanding brownies lembut yang menggunakan baking powder. Jadi, sebelum baking, korang pastikan brownies jenis mana satu nak baking.

Gunakan Dark Coklat
Penggunaan coklat sangat mempengaruhi tekstur brownies.Misalnya penggunaan coklat serbuk tidak digalakkan, kerana ia akan menjadikan brownies anda lebih kering. Sementara penggunaan chocolate baking chip juga tidak disarankan kerana mengandungi stabilizer yang susah cair semasa dibakar. Yang terbaik adalah menggunakan Dark cooking chocolate kerana ia boleh cair dengan sekata dan menjadikan warna brownies lebih gelap.

Gunakan Coklat Pada Suhu Bilik
Setelah coklat dicair, jangan terus campurkan dalam adunan. Korang kena tunggu hingga coklat sejuk pada suhu bilik, jika tidak telur akan masak dan menjadikan coklat mudah hangus semasa dibakar..

Guna Loyang Yang Sesuai
Pemilihan loyang yang betul dan sesuai juga mempengaruhi tekstur dan ketebalan brownies. Jika loyang terlalu besar brownies akan menjadi terlalu nipis dank eras terlalu masak. Jika loyang terlalu kecil pula akan menyebabkan brownies terlalu tebal dan kurang masak.

Bakar Selama 30-40 Minit
Brownies tidak boleh dibakar terlalu lama atau sekejap, jangan bakar kurang dari 30 minit atau lebih 40 minit. Jika was-was boleh guna timer untuk menentukan waktu membakar.
Cara Kekalkan Kesegaran Daun Herba Agar Kekal Segar Walau Lebih Dari Sebulan

Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.

