Tengah cari petua cuci periuk yang kotor? Maklumlah, periuk dan kuali yang sentiasa digunakan untuk memasak, pastinya ada kesan kotoran dan kesan hangus yang susah untuk ditanggalkan. Jika basuh guna sabun biasa, memang lama nak sental.
Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, lagilah seksa kan? Pedih dibuatnya. Namun ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkan kesan kotoran pada alatan memasak dengan mudah. Memang berkesan berbanding jika anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.
Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.
2.CUKA
Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.
Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.
Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.
Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak petua yang memudahkan kehidupan kerja-kerja anda di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video Resipi mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official