Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai.
CARA-CARANYA:
- Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
- Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
- Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
- Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kalin kaup.
- Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang,, tindih dengan menggunakan lesung batu.
- Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
- Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
- Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.