Bekas plastik makanan anda berbau kurang enak walaupun banyak kali dicuci? Biasanya jika anda simpan makanan yang berminyak serta berbau pasti akan menyebabkan masalah ini terjadi. Usah risau kerana anda boleh mengatasinya. Selamat mencuba dan jangan lupa ‘share’ jika petua ini bermanfaat ya.
1. GARAM
Bau pada bekas plastik atau tupperware seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang tertinggal dan bersembunyi dalam celah-celah bekas plastik. Cara untuk bersihkannya m,udah sahaja. Ambil garam halus dan gosoklah perlahan-lahan. Ia boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.
2. KERTAS SURAT KHABAR LAMA
Ads
foto: homesavvyatoz.com
Jika bekas makanan anda masih berbau, cuba pula gunakan kertas surat khabar lama. Ambil beberapa helai surat khabar dan renyukkan. Kemudian celupkan dengan sedikit air. Letak surat kahabar tadi ke dalam bekas makanan dan tutup kemas. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau kurang enak dari bekas plastik atau tupperware. Bila nak guna, keluarkan kertas dan bersihkan bekas makanan anda.
3. BIJI KOPI
Ads
foto: sqwanjia.net
Ini salah satu lagi cara bijak untuk menghilangkan bau dari bekas makanan. Caranya mudah sahaja. Untuk bekas kecil, masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Biarkan selama beberapa hari dan barulah dicuci serta digunakan kembali. Hasilnya bekas makanan anda berbau harum.
Ads
4. UNCANG TEH
Ambil 2-3 pek uncang teh terpakai yang telah dikeringkan airnya. Biarkan di dalam bekas makanan tersebut dan keluarkan apabila anda mahu menggunakannya. Sisa harum daun teh membantu mengurangkan bau busuk pada bekas makanan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap. Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Siapkan Bahan Campuran
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
Adunan
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
Isian
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
Campuran Tepung Digunakan
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubu atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Jumlah Isian
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
Cara Memasukkan Isian
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
Cara Tuang Adunan
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
CARA MENGGORENG
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng. Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
USUS yang sihat adalah asas tubuh yang sihat. Penyakit yang disebabkan oleh kotoran tubuh kita banyak terdapat dari usus besar. Sayangnya ramai kita merasa kurang mengambil peduli kesihatan pencernaan ini.
Faktanya, sekitar 70 peratus sel-sel yang membentuk sistem kekebalan tubuh, berada di dinding usus kita. Pastinya anda tidak mahu tubuh jadi lemahb terkena penyakit akibat pencernaan yang tidak sihat, bukan?
Mari semak beberapa makanan dan bahan makanan yang mampu membersihkan usus anda.
1. Sayuran hijau
Tekstur sayur yang berserat dapat membersihkan usus daripada racun dan kotoran yang menempel di dinding susu. Sayuran lebih baik baik dimasak dengan cara direbus, jika ingin ditumis atau digoreng gunakan minyak zaitun agar menambah nutrisi daripada keduanya.
2. Psyllium Husk
Psyllium husk atau yang lebih dikenal dengan nama plantago ovata merupakan tanaman herba yang tumbuh di India. Tumbuhan ini kaya serat dan dapat menurunkan kolesterol pada tubuh.
3. Chia Seed
Chia seed merupakan biji-bijian organik yang sedang popular untuk santapan diet kerana bermanfaat untuk detok pencernaan. Rasa chia seed sendiri cenderung memakannya, anda perlu merendamnya di dalam susu atau air selama beberapa minit, dan boleh juga mencampurkannya dengan makanan lain seperti yogurt atau oatmeal.
4. Lada cayenne
Bagi anda penggemar makanan pedas tetapi tetap ingin pencernaan sihat, lada cayenne jawapannya. Bahan makanan ini adalah senyawa pedas yang dapat membantu melancarkan pencernaan di tubuh. Makanan ini juga dapat mencegah serangan jantung.
5. Makanan yang difermentasi (penapaian)
Makanan yang difermentasi mengandung bakteria menguntungkan. Makanan fermentasi cenderung memiliki sedikit rasa asam. Contohnya adalah kimci dan yogurt.
6. Buah-buahan
Buah memang kaya manfaat bagi tubuh dari ujung kaki sampai kepala. Ada beberapa buah yang dapat membersihkan usus anda. Antaranya lemon yang kaya vitamin C dengan antioksidan tinggi pastinya akan membuat tubuh segera mengeluarkan kotorannya.
7. Air putih
Nah, yang satu ini wajib hukumnya. Usus yang dehidrasi secara terus-menerus dapat menyebabkan sembelit, kondisi yang akan menyebabkan tompokan racun dalam usus besar. Inilah sebabnya mengapa pentingnya minum air putih yang cukup.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!