Aneka daun-daun herba seperti daun kunyit, daun kesum, daun limau purut, serai dan bunga kantan memang banyak guna dalam masakan. Ada ketikanya, bahan-bahan ni susah nak dapat stok dari pasar. Malah harganya juga mahal dari biasa terutamanya bagi daun kunyit dan bunga kantan. Jangan risau kerana anda dah boleh simpan guna petua di bawah ni. Hasilnya herba-herba ini kekal segar lebih lama.

Petua yang anda boleh amalkan adalah:

 

1. DAUN KUNYIT, KESUM & LIMAU PURUT

Ads

Petua Daun Kunyit, Limau Purut, Kesum, Serai & Bunga Kantan Kekal Segar & Tahan Lama.

  • Bersihkan daun kemudian keringkan menggunakan tisu hingga kering.
  • Simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk beku.

 

2. SERAI

Petua Daun Kunyit, Limau Purut, Kesum, Serai & Bunga Kantan Kekal Segar & Tahan Lama.

  • Basuh serai bagi menghilangkan pasir dan kotoran.
  • Lap hingga kering dan bungkus menggunakan kertas.
  • Simpan di ruangan sejuk beku dan keluarkan bila ingin menggunakannya.

 

Ads

3. BUNGA KANTAN

Petua Daun Kunyit, Limau Purut, Kesum, Serai & Bunga Kantan Kekal Segar & Tahan Lama.

Ads
  • Lap bunga kantan menggunakan tisu bagi hilangkan kotoran.
  • Bungkus menggunakan kertas dengan kemas.
  • Masukkan dalam plastik dan simpan di ruang sejuk beku.
  • Bila hendak digunakan, keluarkan, basuh bersih dan masukkan ke dalam masakan.

 

Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar. Selamat mencuba!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI