
Di musim perayaan ni, pasti ramai yang tengah rajin buat biskut raya kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh biskut melekat dan susah dikeluarkan dari acuan lebih-lebih lagi biskut yang kita kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar.

Contohnya seperti acuan biskut kapal, tat, biskut lidah kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah ini, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:
CARA ELAK BISKUT MELEKAT PADA ACUAN
1. Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.
2. Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.

3. Kemudian susun di dalam tray pembakar dan masukkan seketika ke dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120C selama 15 minit.
4. Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Rahsia Masak Sekejap, Tapi Tak Liat.

Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.

Hiris Nipis-Nipis
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.

Jangan Cuci Daging Selepas Dihiris
Cuci daging semasa dalam buku besar, kemudian lap dengan tisu dapur sebelum dihiris. Selepas dihiris, jangan cuci, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak.

Perap
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.

Masak Sekejap
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan dua resipinya di sini.
6 Punca Ketupat Cepat Basi! Gunakan Tips & Trik Ini & Atasi Pembaziran

Ketupat adalah salah satu hidangan wajib di hari raya. Selalunya ketupat dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Ketupat boleh tahan lama tetapi kalau tidak kena caranya ia akan cepat rosak dan berlakulah pembaziran. Mari kita cuba cara yang betul untuk dapat ketupat tahan lama dan tidak cepat basi.
1. Pilih beras terbaik
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
2. Daun kelapa yang terbaik
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. Kandungan beras
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. Rebus 4-5 jam.
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
5. Tos dan gantung
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
6. Simpan dalam peti sejuk (frozen)
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang & ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu risau untuk menyambut hari raya kerana pembaziran boleh di kurangkan.
Wahhhh Senangnya Buat Aiskrim Sundae Macam McDonald’s, Korang Boleh Cuba Ni.

Korang mesti dah biasa makan aiskrim sundae kat restoran makanan segara, sekali makan memang rasa tak cukup. Apa lagi anak-anak , dia orang memang ni memang tak cukup satulah kalau ditanya. Jadi, apa kata korang cuba buat sendiri aiskrim ni, sebab ia senang sangat nak buat sendiri kat rumah. Takda resipi? Ini RASA sharekan di sini. Mak-mak boleh buat, gerenti anak puji.
AISKRIM SUNDAE
BAHAN-BAHAN:
- 50gm gula halus
- 100gm serbuk koko
- 475 ml susu cair | sejukan
- 1 sudu teh perasa vanilla
BAHAN SOS:
- 130 gm gula halus
- 100gm bubuk cokelat
- 175gm ekstrak kopi cair
- 1 sudu teh perasa vanilla
CARA MEMASAK:
- 1.Campurkan serbuk koko dan gula dalam mangkuk.
- Tambahkan susu, vanila, kacau rata supaya tidak supaya tidak berketul.
- Tuang ke dalam loyang 20×20 cm, bekukan. Sekurang-kurang 1jam 30 minit.
- Keluarkan adonan, lalu potong dadu dan masukkan ke blender, kisar hingga lembut dan creamy.
- Masukkan ke dalam plastik, tutup rapat dan bekukan lagi lebih kurang 2-3 jam.
- Untuk menyediakan sosnya, campurkan gula dan serbuk koko dalam periuk kecil.
- Tambahkan ekstrak kopi, masak mendidih dengan api kecil.
- Seketika kemudian tutup api, Kacau rata hingga pekat.
- 9.Biarkan seketika baru masukkan vanilla.
- Skopkan aiskrim ke dalam gelas, kemudian tuangkan sos coklat di atasnya.
- Aiskrim siap dihidangkan.

