Petua Elak Cili Kering Kisar Cepat Berkulat & Masam

Share

Masakan yang menggunakan cili kering yang dikisar sendiri lebih sedap berbanding cili boh yang dibeli. Tetapi ada kalanya cili kisar homemade ni cepat berkulat walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Jika masalah ini selalu terjadi pada anda, petua di bawah ini boleh dicuba.

CARA-CARA ELAK CILI KERING KISAR CEPAT BERKULAT

  1. Rebus cili kering daqn buang bijinya.
  2. Setelah lembut, toskan air.
  3. Masukkan ke dalam pengisar dan masukkan sedikit minyak masak. Kisar hingga lumat.
  4. Masukkan cili kisar ke dalam kuali. Panaskan dan tabur sedikit garam. Gaul rata hingga lebihan air cili kisar tadi kering.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup yang bersih. Simpan di dalam peti sejuk.
  6. Hasilnya, cili kering homemade anda akan tahan lebih lama.
Published by
Nur