
Selalu terjadi apabila menggoreng ikan terutamanya ikan keli atau sembilang, memang akan meletup-letup jadinya. Naik seram pulak nak terbalikkan ikan tu dalam kuali. Hai, susahnya nak memasak, kan?
Mujurlah ada petua elak ikan meletup ketika digoreng ni. Nah, korang boleh try kat rumah. Tak ada alasan takut nak goreng ikan lagi ye.
Petua Elak Ikan Meletup Ketika Digoreng
Senang je petua ni. Apabila minyak masak dah panas, masukkan sedikit tepung gandum dalam minyak masak panas tu. Kemudian baru masukkan ikan. Ulang setiap kali nak masukkan ikan yang nak digoreng. Insya-Allah dengan mengamalkan petua ni, korang dah tak perlu lari-lari nak elak kena minyak panas. Tak perlu juga tutup kuali. Hasilnya, dapur pun bersih. Ikan yang digoreng pun cantik dan garing elok je.
Kredit petua & gambar: Dalila Haslan via MAHN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Makanan Ini Wajib Ada Dalam Dapur, Masak Bila Perlu & Jimat Masa.

Korang yang sentiasa sibuk, ini ada idea baik yang boleh dicuba ye. Bila korang membeli barang dapur, pastikan 10 barang ini masuk dalam list barang wajib beli untuk stok barang dapur ye. Semua bahan ini boleh diolah dengan pelbagai menu ringkas yang sedap,asalkan korang kreatif membuat, gerenti hasilnya sedap dan tak perlu nak berulang alik ke kedai atau pasaraya. Jimat masa dan tenaga, kan senang teringin masak je bahan tersedia dalam peti sejuk atau cabinet.
.
TELUR
Telur adalah antara bahan asas dapur dan setiap keluarga ada menyimpannya. Fungsinya adalah pelbagai guna, ia boleh diolah menjadi kuih muih, kek dan dessert, lauk pauk, ia tahan lebih dari seminggu dan harga juga murah.
.
KENTANG
Kentang antara bahan wajib ada dalam list, ia boleh digoreng, direbus, di panggang atau diolah menjadi kuih muih dan campuran dalam masakan seperti dalam kari daging & ayam atau dalam sambal.
.
TOMATO
Korang yang selalu masak, tomato mesti sentiasa ada stok. Sangat sedap dicampur dalam sambal, dijadikan ulam. Paling tidak hiris, campur cili potong campur kicap pekat manis pun terbaik, berselera makan.
KICAP MANIS
Bahan satu ini memang sangat disukai oleh ramai kanak-kanak, hingga ada yang kalau makan wajib ada kicap sebagai penambah selera. Kicap juga boleh jadi penyedap masakan, dengan sesudu dua kicap masakan yang korang masak menjadi lebih sedap. Banyak menu masakan berkicap disukai ramai.
MAYONES
Mayones dengan rasa masam manis dan tekstur yang berkrim ini sangat sedap dijadikan bahan pencicah dan campuran dalam salad. Ramai menyukainya.
.MENTEGA
Mentega bahan wajib dalam pembuatan makanan seperti kek dan pastri, malah ia juga dalam masakan mengantikan fungsi minyak sebagai bahan penumis yang sedap.
BERAS
Orang Malaysia, beras adalah makan ruji, oleh itu beras tidak akan putus dalam simpanan stok, selain dijadikan nasi sebagai makan ruji, nasi juga boleh dipebagaikan cara penyediaan seperti dijadikan bubur mahupun nasi impit.
.
BUAH-BUAHAN
Buah-buahan perlu ada dalam senarai stok ye, selain dimakan begitu saja, buah juga boleh dipelbagai dalam menu dessert, jus dan yogurt. Namun pastikan kesegaran buah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk.
SAYUR-SAYURAN
Sebagai pelengkap menu, korang beoleh beli sayur yang tahan lama dan pelbagai jenis dan warnanya. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Atau kalau takut busuk, boleh frozenkan, bila sedia untuk di masak, keluarkan aje.
KUDAPAN FROZEN
Kudapan ringan lain yang boleh disimpan, boleh saja dijadikan stok, bila-bila perlu boleh dikeluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudahkan.
LAUK PAUK
Daging, ayam, seafood juga perlu ada stok, supaya bila nak masak sudah ada tersedia dalam peti sejuk. Apa yang penting, korang simpannya dalam pack-pack sekali masak sahaja. Apabila ingin masak keluar satu pack yang ingin digunakan saja. Yang lain biarkan dalam peti sejuk.
Dah Ambil Batang Serai Ambil Untuk Masakan, Daunnya Jangan Buang. Masih Berguna

Serai memang banyak kegunaan untuk masakan. Malah ramai kalangan kita yang menanam sendiri pokok serai ini di rumah.
Selalunya bila tuai pokok serai, kita hanya ambil bahagian batangnya untuk diguna dalam masakan sementara bahagian daunnya akan kita potong dan buang. Rugi rupanya bila dibuang.
Daun serai ini ada kegunaan tersendiri terutama untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Menurut Hasmie Harun daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh. Caranya turut dikongsi oleh beliau.
Daun serai jangan buang, masih berguna!
Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ini. Caranya;
- Waktu tuai serai ambil sekali daunnya. Kemudian potong separuh, bahagian bawah untuk kegunaan memasak manakala daunnya jangan dibuang.
2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun).
3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi)
4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Info ekstra
Daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Artikel ini diolah dari Vanilla Kismis & Hasmie Harun
Campur Bawang Putih. Ini Petua Orang Dulu-Dulu Supaya Cili Kisar Homemade Tahan Lama.

Jom buat cili kisar homemade yang tahan lama. Maklumlah, cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR HOMEMADE TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.- Kak Mim
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga cili menjadi lembut. Kemudian toskan.(tidak perlu basuh lagi, cuma tos saja. Jika basuh balik guna air paip nanti cili kisar tidak tahan lama).
3. Biarkan sekejap hingga cili agak sejuk sedikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. (beli BLENDER baru dengan harga mampu milik DISINI)
4. Letak cili kisar dalam bekas bersih bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat walau disimpan berbulan-bulan. Malah cili juga tidak berbau masam.
Kredit petua & foto: Mim Nazihah
Tak ada BEKAS KEDAP UDARA? Pilih je DISINI. Ada macam-macam saiz dan bentuk.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Popia Sayur Daging Burger Paling Sedap Untuk Minum Petang
Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland. Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official