Ketupat adalah salah satu hidangan wajib di hari raya. Selalunya ketupat dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Ketupat boleh tahan lama tetapi kalau tidak kena caranya ia akan cepat rosak dan berlakulah pembaziran. Mari kita cuba cara yang betul untuk dapat ketupat tahan lama dan tidak cepat basi.

 

1. PILIH BERAS TERBAIK

Petua Elak Ketupat Cepat Berair & Basi.

Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.

Ads

 

2. DAUN KELAPA YANG MUDA & SEGAR

Petua Elak Ketupat Cepat Berair & Basi.

Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.

 

3. KANDUNGAN BERAS

Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak.  Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.

 

4. REBUS 4-5 JAM

Ads

Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.

 

5. TOS DAN GANTUNG

Petua Elak Ketupat Cepat Berair & Basi.
Kredit foto: Sekin Orkid via MAHN

Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar.  Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.

 

Ads

6. SIMPAN SEJUK BEKU 

Petua Elak Ketupat Cepat Berair & Basi.
Kredit foto: Nama Saya Siti Aisyah via MAHN

Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang & ketupat palas juga boleh dibekukan.

 

Sekarang tidak perlu risau untuk menyambut hari raya kerana pembaziran boleh di kurangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI