
Memasak makanan laut seperti sotong dan sebagainya adakalanya memerlukan ketahanan yang kental kerana percikan minyaknya yang bukan sedikit. Silap langkah, habis dapur anda berminyak. Belum kira yang kena pada kulit lagi.
Ada pelbagai cara yang dipesan oleh ibu kita untuk elakkan masalah ini. Ada yang kata guna tutup periuk, lap bahan masak supaya tiada air dan sebagainya. Salah satu petua lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan garam.

Penggunaan garam kasar amatlah membantu anda. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak gorengan yang hendak dipanaskan kemudian barulah dimasukkan bahan gorengan seperti biasa. Hasilnya tiada percikan minyak panas lagi.
Selamat mencuba!
https://www.facebook.com/WanistaMY/videos/2003388919688621/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat ‘smoothie’ 5 Bahan, Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi Di Musim Raya Ni…

Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan.Lagi pulak di musim raya, pasti banyak berjalan kan.

Tapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS

Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN

Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)

Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU

Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan kecil nenas dipotong dadu
- 1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
- 2 cawan air
- 1 gelas jus oren
- 1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh madu semulajadi (mentah)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat.
2. Biarkan oat sejuk
3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
Petua Kira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar. Mudah Tak Perlu Pening Lagi! .

Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
- 10gm agar-agar = 1 liter air

JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
- 13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:

- 25gm agar-agar = 2.5 liter air
- 30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Kredit petua: Diana Ana
Cara Mudah Cuci Periuk & Kuali Supaya Berkilat Macam Baru.

Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai sabun biasa pun tak nak tanggal. Anda boleh cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
- Sabun mandi ( buku)
- Dawai besi

CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.

2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.



Kredit petua & foto: Dahriah Damsah

