Makan

Petua Elak Sotong Kecut Lepas Masak, Rebus Dengan Bahan Ini Dulu

Share

Waktu beli sotong di pasar elok pilih yang segar dan besar. Tapi lepas masak sotong jadi kecut dan makin kecil. Ramai yang merungut begini bila masak sotong.

Bagi memastikan sotong kekal dengan saiznya dan tak kecut sesudah dimasak ada petua yang boleh dipraktikkan. Caranya pun mudah saja, dikongsi oleh Zin Ros

bagi mengelakkan sotong kecut cuma rebus seketika dengan bahan ini.

 

Petua elak sotong kecut lepas masak

Kalau nak masak sotong guna petua ini supaya sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.

Caranya

1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong kembali.

2. Kemudian rebus sotong dalam air selama 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping.

 

3. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir, saiznya kekal tak mengecut. Takde lah masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecil je jadinya.

Semoga bermanfaat

Sumber: Zin Ros

 

IKLAN