Mengatasi masalah tikus berkeliaran di dapur memang bukan kerja mudah. Bermacam-macam petua dan cara digunakan tapi haiwan ini tetap ada.

Memang ada cara mudah untuk menghapuskan tikus iaitu menggunakan racun tapi kita pula rasa tak selamat. Ada juga yang cadang cara guna daun kari, daun pandan atau daun sirih tapi tak juga berkesan.

Jika langkah di atas sudah dicuba, mungkin boleh mempraktikkan cara guna kulit telur dan lada hitam pula untuk hindar tikus memasuki masuk rumah. Caranya mudah dan murah juga.

Petua halau tikus guna kulit telur 

Atasi Masalah Tikus Di Dapur Guna Kulit Telur & Lada Hitam

Ads

 

Caranya:

1. Basuh dan keringkan kulit telur.

2. Tumbuk atau kisar halus menjadi serbuk.

3. Tabur di penjuru dan sekitar rumah.

4. Selebihnya simpan dalam botol.

 

Ads

Cara ini bukan hanya tikus, malah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun tiada.

Tabur lada hitam untuk halau tikus

Atasi Masalah Tikus Di Dapur Guna Kulit Telur & Lada Hitam

Kenal pasti laluan haiwan ini di dapur dan tabur saja lada hitam atau serbuk lada hitam di luar kawasan lubang tikus. Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan haiwan ini menjauhi kawasan dapur.

Ads

 

Kredit: Abel Lione Karia & Hello Doktor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI