Cili boh atau cili kisar homemade adalah bahan masak yang boleh menyedapkan masakan. Walaupun terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun cili kisar yang dibuat sendiri ni antara yang terbaik. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power. Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar homemade yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.

Petua Hasilkan Cili Kisar Homemade Yang Lambat Berkulat.

 

PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA

Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.

Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.

 

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Air tapis

CARA-CARA:

1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.

Petua Hasilkan Cili Kisar Homemade Yang Lambat Berkulat.

Petua Hasilkan Cili Kisar Homemade Yang Lambat Berkulat.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

Petua Hasilkan Cili Kisar Homemade Yang Lambat Berkulat.

Ads

3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip. Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.

Petua Hasilkan Cili Kisar Homemade Yang Lambat Berkulat.

4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…

Petua Hasilkan Cili Kisar Homemade Yang Lambat Berkulat.

Ads

Kredit petua & foto: Mim Nazihah

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI