Ads
Home Hobi & Minat Petua Hilangkan Bau Bawang & Kesan Kunyit Pada Blender.

Petua Hilangkan Bau Bawang & Kesan Kunyit Pada Blender.

Ads

Bila kita gunakan mesin pengisar untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada. Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender pula berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti. 

Bau bawang dan kesan kunyit ni kalau dibasuh guna pencuci kadang-kadang susah nak hilang. Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

 

CARA HILANGKAN BAU BAWANG & KESAN KUNYIT PADA BLENDER

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

Petua Hilangkan Bau Bawang & Kesan Kunyit Pada Blender.

CARA-CARA:

1. Ambil limau nipis. Potong kecil.

2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.

3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.

4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.

5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar  blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!

 

Tengah usha PENGISAR baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

Ads

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.

Roti Kukus Sosej Cheese, Hidangan Untuk Seisi Keluarga

5 Masakan Peha Ayam & Drummet Yang Sedap DiRatah. Gerenti Licin.

Ads

Jom Try Buat Ikan Kembung Rebus Air Asam, Memang Syok!


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI