Ikan kelisememangnya enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Tua muda, semua gemarkannya. Namun bila menyediakan sajian ikan keli ini, salah satu yang menjadi ‘kebimbangan’ adalah bau hanyirnya.
Semua ikan darat atau ikan sungai mempunyai bau yang tersendiri. Ini mungkin disebabkan oleh habitat ikan seperti KOLAM TERNAKAN: – air lepas (kurang bau), air bertakung (berbau), SUNGAI :- dasar pasir (kurang bau), dasar lumpur (berbau), PEMAKANAN:- palet (kurang bau), organ haiwan (berbau dan berlemak).
Kadang kadang ada ikan hasil tangkapan di sungai berbau diesel. Ini membuktikan ada proses pengorekan pasir disungai tersebut.
Menerusi perkongsian saudara Arbi Mohamad Arbi, beliau berkongsi tip untuk menyiang dan membersihkan ikan ini supaya tidak berbau dan enak apabila dimasak.
CARA MEMBERSIHKAN IKAN KELI SUPAYA TIDAK BERBAU HANYIR
1.BUANG URAT PUTIH
Ini adalah ikan keli yang telah dipotong & dibuang isi perutnya.
Namun ada bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh. Paling penting kawasan insang dan darah di bawah tulang dalam perut.
Jika diamati, ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar dan bersihkan.
2. KELENJAR TEPI SENGAT
Kelenjar yang terletak di sebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada keli. Hanya picit keluar kedua-duanya di bahagian kiri dan kanan. Bersihkan hingga puas hati.
3. RENDAM IKAN
Untuk mengalihkan bau hanyir, ikan keli perlu direndam dengan buah-buah citrus seperti limau, lemon, belimbing buluh, asam gelugur dan asam jawa.
Ada juga yang bertanya, boleh guna tepung gandum?
Untuk makluman, penggunaan tepung bukan untuk menghilangkan hanyir tetapi untuk membuang lender pada ikan.
Caranya mudah sahaja, rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih. Sekarang ikan keli sudah siap untuk dimasak.
Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini bermanfaat.
Setiap makanan di dunia ini dicipta dengan pelbagai keistimewaan untuk manusia. Termasuklah juga hidupan laut seperti ikan yang mengandungi pelbagai khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh manusia.
Ikan salmon misalnya, termasuk ikan yang unik. Ikan salmon lahir di perairan air tawar, berhijrah ke lautan dan apabila tiba masa untuk membiak, ia akan kembali ke air tawar.
Di dalam Al-Quran menyebut:
“Dan DIA-lah Allah yang menundukkan lautan untukmu agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai dan kamu melihat bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari keuntungan daripada-NYA dan supaya kamu bersyukur”. – (An Nahl :14)
Selain dikenali sebagai ikan yang unik, ikan salmon juga terkenal sebagai ikan dengan kandungan zat yang tinggi dan memiliki berbagai khasiat bagi tubuh. Salah satu kandungan yang ada dalam ikan salmon adalah omega-3 yang sangat tinggi. Berikut ini adalah beberapa manfaat makan ikan salmon untuk tubuh:
Meningkatkan fungsi otak dan memori
Ikan salmon mengandung vitamin A dan asid amino yang sangat efisien dalam merangsang aktiviti otak dan membuat fungsi memori Anda secara optimum. Komponen ini memberikan kontribusi terhadap pertumbuhan dan perkembangan sel otak.
Mengurangi peradangan
Memakan ikan salmon boleh mengurangi kemungkinan pembekuan darah, seterusnya menghilangkan risiko strok, radang sendi darah, atau kanser.
Pengembangan otot
Kandungan protein dan asid amino dalam ikan salmon merupakan blok bangunan terbaik untuk pengembangan otot. Nutrisi ini juga terkenal untuk mengembangkan jaringan tubuh.
Menjaga kulit dan rambut tetap sihat
Kandungan nutrisi lemak omega-3 dalam ikan salmon mampu membuat anda terlihat awet muda. Tidak hanya kulit, omega-3 dan protein dalam ikan salmon juga boleh menjaga kekuatan rambut.
Meningkatkan metabolisme
Ikan salmon juga dikenali sebagai pengawal diabetes terbaik dan pengawal gula darah.
Mencegah serangan jantung
Ikan salmon merupakan makanan terbaik untuk diambil oleh pesakitjantung. Hal ini kerana umumnya salmon mengurangi masalah kardiovaskular.
Mengurangi depresi
Ikan salmon juga mengandung omega-6 yang sangat efektif dalam mengurangi depresi dan jenis-jenis stres. (#KITAKANISLAM)
SALMON PANGGANG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
2 keping filet ikan salmon segar
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan lada putih
½ sudu makan serbuk rosemary
¼ sudu makan garam
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu makan cuka
BAHAN SOS:
¼ cawan sos tiram
½ sudu makan kicap manis
½ sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu teh jus limau katsuri
½ cawan stok ayam
3 biji cendawan shiitake |racik kasar
Brokoli secukupnya |potong dan celur
½ batang lobak merah | potong dam celur
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaul ikan salmon dengan lada hitam, lada putih, serbuk rosemary, garam, minyak zaitun, minyak bijan dan cuka. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
Untuk membuat sosnya; Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga harum, lalu masukkan sos tiram, kicap, lada hitam, lada putih, stok ayam, cendawan dan jus limau kasturi. Kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biar mereneh seketika, angkat dan ketepikan.
Kemudian, panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali pemanggang dan panggang ikan salmon yang sudah diperap tadi sehingga masak. Usah terlalu lama kerana isinya akan menjadi kering. Angkat.
Di dalam pinggan, hidangkan ikan salmon bersama sos dan brokoli dan lobak merah yang telah dicelur tadi.
Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh dihidangkan bersama kentang putar jika mahu.
Nak pakai daun pandan untuk memasak cuma sehelai dua saja tapi bila beli dibungkus punyalah banyak. Nak tak belilah juga.
Lebihan daun pandan sebaiknya jangan dibiarkan saja di dalam peti, lagi elok disimpan cara berikut supaya tahan lama. Boleh digunakan lagi berbulan-bulan, tak perlulah beli lagi.
Caranya seperti berikut;
• Bersihkan daun pandan
• Potong pendek pendek
• Masukkan dalam plastik kedap/ tupperware
• Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Daun yang disimpan dalam freeze ini baunya masih kuat dan kekal hijau walau dah berbulan bula.
Nota : Serai dan juga daun-daun lain pun boleh disimpan cara ini.
Korang yang bekerja ada deadline mesti dekat dengan tarikh tu mesti ada yang terpaksa bekerja lebih masa dan tidak cukup tidur bagi memastikan tidak terbabas deadline. Kebiasaannya di hari-hari begini ramai yang mencari kopi dengan alasan penambah tenaga dan mengelakkan mengantuk. Apa kata mulai sekarang tinggalkan kopi dan ambil lima makanan ini bagi memastikan korang semua kekal bertenaga:-
TELUR:
Bila kurang tidur dan rasa mengantuk, sel-sel otot akan menjadi penat. Bagi mengatasi masalah ambil asid lemak seperti EPA dan DHA dan sumber makanan seperti putih telur. Untuk mendatangkan selera, korang boleh hidangkannya bersama sayuran hijau yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan kailan yang kaya zat besi, secara tidak langsung menjauhkan korang dari anemia yang disebabkan kepenatan
IKAN:
Ikan seperti tuna salmon dan sardin antara ikan kaya dengan kandungan protein yang tinggi akan menjadikan korang lebih bertenaga. Sementara lemak tak tepunya membantu otak lebih fokus semasa melakukan pekerjaan.
BUAH MANGGA
Tahu tak, bila penat dan mengantuk boleh mendorong korang mengindamkan makanan manis dan karbo. Ini adalah salah satu petanda bahawa badan kurang bahan bakar. Dibandingkan kudapan seperti coklat, aiskrim dan makanan berkalori tinggi. Sebaiknya makan mangga sebagai ganti yang baik kerana ia mempunyai kandungan semulajadi.
KEKACANG:
Lemak tak tepu dalam kekacang seperti mede, dikatakan mampu menghalang hormon penyebab stres. Selain itu, kekacang tinggi lemak ini boleh membuatkan korang rasa kenyang tanpa menyebabkan peningkatan gula dalam darah.
OAT MEAL:
Bijirin seperti gandum dalam oatmeal mengandungi karbohidrat kompleks membantu anda rasa kenyang lebih lama dan peningkatan paras glukosa dalam darah lebih lambat berbanding nasi.
Senang je kan, makanan ini selain membantu korang lebih produktif, ia juga tidak akan menjadikan korang gemuk, walaupun mengambil dan memakannya di waktu malam hari.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!