Petua Hilangkan Kesan Karat Pada Kuali/Periuk Belanga!

Share

Mesti banyak kan kuali atau periuk belanga kat rumah yang berkarat atau pun hangus? Tunggu! Jangan buang dulu. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan kesan karat atau hangus tersebut.

TOMATO

Untuk kesan yang lebih baik, cari buah tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato di dalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman, kemudian sental dan cuci bekas tersebut.

CUKA & GARAM

Campurkan cuka dan garam, sental di tempat yang berkarat. Kemudian jemur sampai ia kering. Laa simplenya kan?

SOS TOMATO 

Sapukan sos tomato di tempat yang berkarat atau hangus dan biarkan ia selama 2 jam. Kemudian bilas sehingga bersih. Haa jangan ingat sos tomato untuk cicah dengan ayam goreng KFC je taw?

KULIT KENTANG 

Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk.

Kemudian, letakkan di atas api.Tunggu sehingga didih dan toskan. Hasilnya, kerak di periuk akan tanggal dengan sendirinya.

ASAM JAWA

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang berkarat. Kemudian,

gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.

PENCUCI PINGGAN

Biasanya kita cuci periuk selepas masak kan. Yang ni pula caranya sebelum masak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Sebarang jenama boleh ya. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok. Macam pelik ke? Haa cuba okay!

BAKING SODA & AIR 

Campurkan baking soda dengan sedikit air dan biarkan di dalam periuk yang berkarat atau hangus selama beberapa jam. Kemudian, basuh periuk tersebut sehingga bersih.

Mudah kan? Bahan-bahan pun mudah nak cari. Lepasni jangan membazir taw buang periuk-periuk yang berkarat. Amalkan petua-petua ni, In Sha Allah berkesan. Selamat mencuba! 

Kredit: Alosnida Musa

 

Published by
Amanina