Merokok ni, bukan sahaja bahayakan diri sendiri je, anak isteri pun sama dapat kesan buruknya. Tapi tulah nak berhenti ketagihan rokok ni bukannya mudah, macam-macam kena hadapi kesan sampingannya seperti demam, lesu, loya dan sebagainya.
Jika macam-macam cara dah guna untuk berhentikan ketagihan merokok ni, tapi tak berjaya, isteri-isteri boleh tolong suami tersayang atau ahli-ahli keluarga yang lain, cuba ikut petua menggunakan cuka epal ni. Manalah tau serasi.
In Sha Allah dalam masa 3 minggu perokok akan mula hilang ketagihan pada rokok. Bau rokok pun tak nak.
BAHAN-BAHAN
Ads
Cuka epal
1 gelas air suam
CARA PENYEDIAAN
KAEDAH 1
Kumur cuka epal seperti berkumur dengan menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut dalam 30 saat sehingga 1 minit kemudian buang.
Lakukan sekurang- kurangnya 2 kali sehari. Jika diamalkan boleh menyegarkan nafas, mengharumkan bau mulut dan mengalihkan bau rokok kepada loya. In Sha Allah.
KAEDAH 2
Ads
Ambil 3 sudu cuka epal dan campurkan dengan segelas air suam. Kacau sebati, kemudian diminum.
Amalkan setiap pagi dan petang, serta sebaiknya disudahi selepas itu dengan meminum satu sudu madu .
Ramai yang suka makan ikan keli tapi tak ramai yang mahu masak di rumah. Sebabnya kalau tak bersihkan betul-betul akan ada bau hanyir kemudian bila nak goreng meletup-letup pulak. Itu yang tak sanggup.
Sememangnya untuk siang atau bersihkan ikan keli ada caranya untuk elak bau hanyir. Bagi yang nak cuba masak atau goreng sendiri ikan keli ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Afy Al Habibi. Beliau juga turut berkingsi tip supaya ikan keli goreng jadi rangup dan tak meletup-letup waktu digoreng.
Tip bersih ikan keli supaya tak hanyir, goreng tak meletup & rangup
Tip untuk peminat ikan keli. Cikgu nak beri tip kepada yang belum tahu. Masalah utama ikan keli ni ada satu bau yang kuat. Hanyir sangat. Jadi cikgu nak kongsikan cara hilangkan bau tersebut.
Cikgu juga ada bagi resepi mudah untuk goreng ikan keli supaya menjadi rangup. Rupa ikan keli pun elok lurus je badannya. Takda yang patah pinggang. Paling penting masa gorengnya tak meletup-letup.
Okay jom mula. Tengok betul-betul dekat gambar.
1. Selepas bersihkan lemak dan darah beku di tengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Dekat dengan jari cikgu tunjukkan. Gunting sedikit pada bahagian tersebut. Buat kiri dan kanan bahagian ikan.
Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan. Tak ramai sebenarnya kalau kita makan kat luar, bahagian tersebut akan dibuang. Kenapa cikgu kata begitu? Sebab dah banyak kali terkena. Nampak kan? Kedua-dua belah tu kena korek keluar.
2. Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya.
3. Kemudian tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Kemudian barulah dicuci bersih sekali lagi. Inilah rupa ikan keli yang telah siap dibasuh.
4. Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk di bawah: -1 ulas bawang putih -Sehiris nipis halia -Serbuk kunyit -Garam -Secukup rasa
5.Tip seterusnya untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum. Goreng guna tips ini juga buat ikan tak melekat. Malah ikan keli juga lebih rangup.
6.Gorenglah ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam. Kemudian masukkan ikan. Tutup dengan tudung periuk.
Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat.
Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
SAMSUNG CAMERA PICTURES
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Peria; sayur biasa yang mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit.
foto: www.misslizzy.me
Usah khuatir kerana ada petua untuk menghilang atau mengurangkan rasa pahit peria ini. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Pastikan tenggelam. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan toskan peria. Kemudian masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Rasa pahit pasti berkurangan.