Petua Hilangkan Sakit Lutut!

Share

Sakit lutut ni bukan orang berumur, nenek atuk je yang kene taw..Yang umur 40an atau yang lebih muda pun kadang-kadang boleh sakit lutut. Ia boleh mengganggu aktiviti seharian dan menyebabkan pergerakan terbatas. Jom cuba petua ni, mana tahu serasi. In Sha Allah. 

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji epal hijau didadukan
  • 4-5 batang serai diketuk (kalau besar guna 3 sudah memadai)
  • 1 batang kayu manis ceylon (patah patahkan)
  • 5 gelas air

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.
  2. Minum masa suam suam. 2 kali sehari. Nak minum setiap hari pun boleh, nak minum 2 atau 3 kali seminggu pun boleh.
  3. Epal boleh dikunyah jika suka.

Jom kita lihat khasiat bahan-bahan yang digunakan.

KHASIAT BAHAN

KAYU MANIS CEYLON

  • anti radang bagus untuk sendi
  • kurangkan kolestrol
  • kurangkan selera makan
  • merawat senggugut
  • kuatkan antibodi
  • merawat kencing manis
  • merawat jangkitan pundi kencing

SERAI

  • anti radang, bagus untuk sendi
  • bantu proses penghadaman
  • buang toksin dalam badan
  • anti kanser
  • pecahkan lemak
  • merawat kencing manis

EPAL HIJAU

  • mencegah sakit sendi
  • menguatkan tulang
  • kaya dengan fiber
  • kaya dengan mineral, iron, copper, zink, magnesium, potassium vitamin A, B, C
  • melancarkan darah
  • kaya dengan antioksidan

INFO: Kalau ada penyakit tekanan rendah, berbadan dua dan ambil ubat pencair darah TIDAK  DIBENARKAN pengambilan ni ya..

Kredit: Lia Yob Ibrahim

 

 

Published by
Amanina