Ikan bilis yang rangup untuk dimakan bersama nasi lemak memang wajib ada. Tapi biasanya ikan bilis ini hanya rangup seketika saja selepas digoreng, selepas sejuk ia jadi liat.
Tapi bagi memastikan ikan bilis ini kekal rangup walaupun sudah sejuk boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Mis Bie
. Caranya adalah dengan menggunakan cuka ataupun tepung.Caranya memang senang;
1. Cuci bilis bersih dan toskan
2. Goreng dengan api sederhana
3. Masukkan setengah sudu cuka ke dalam kuali tadi dan goreng ikan bilis hingga masak.
4. Hasilnya ikan bilis memang rangup krup krap.
Caranya;
1.Cuci ikan bilis bersih.
2. Tos hingga kering, kalau tak nanti ikan bilis bergumpal denga tepung.
3. Tabur tepung dalam pinggan kemudian gaul ikan bilis dengan tepung tadi. Pastikan tak bergumpal sebab itu ikan bilis kena betul betul kering.
4. Masukkan ikan bilis yang dah digaul teping ini dalam minyak panas, goreng macam biasa. Ikan bilis akan masuk elok dan rangup.
Selamat mencuba!
Sumber: Mis Bie